Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Kelab 1Malaysia Bantu Pelajar Cemerlang SPM

By 15 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Suzilawati Kamarudin & Muhammad Ramadan Ab Rahim (Seremban)

SEREMBAN, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 204 orang pelajar tingkatan lima 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (SMK KGV) meraikan kejayaan mereka dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Pengetua SMK KGV, Mohd Razib Jamaludin penilaian tahun ini berbeza daripada penilaian SPM tahun sebelumnya kerana pelajar dinilai dari tingkatan satu lagi.

Sebahagian daripada pelajar dan ibu-bapa menunggu pengumuman keputusan.

Sebahagian daripada pelajar dan ibu-bapa menunggu pengumuman keputusan.

“Seramai lima orang pelajar berjaya memperolehi 11A, meningkat berbanding tahun lepas, manakala empat orang mendapat 10A, dan 12 orang berjaya memperolehi 9A.

“Saya gembira dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya dan guru-guru serta ibu-bapa di atas sokongan serta komitmen menjadikan anak-anak ini semua berjaya,” katanya yang ditemui selepas keputusan diserahkan kepada pelajar di Dewan Tuanku Muhriz sekolah  berkenaan hari ini.

Sementara itu, Nurazreena Zakaria, pelajar jurusan Sains Tulen yang mendapat 9A gembira kerana kejayaan hari ini menjadi titik tolak untuk dirinya memulakan langkah ke peringkat seterusnya.

“Saya ingin menjadi seorang doktor dan saya juga mahu menjadi contoh yang baik kepada generasi muda. Untuk berjaya pada hari ini, selain memberikan tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas, saya juga gemar bergiat aktif dalam kelab dan persatuan.

Nurazreena (tengah) bersama-sama ibu-bapanya menerima keputusan SPM tengah hari tadi.

Nurazreena (tengah) bersama-sama ibu-bapanya menerima keputusan SPM tengah hari tadi.

“Saya telah menjadi seorang yang berkeyakinan dan berani dalam komunikasi dan lebih bermotivasi setelah pulang daripada Program Khemah Kerja di bawah Kelab 1Malaysia tiga tahun yang lalu,” ujarnya yang ditemani ibu-bapa tercinta.

Kelab 1Malaysia merupakan persatuan di bawah unit kokurikulum sekolah yang melibatkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia SMK KGV, Raja Siti Noor Raja Ali, pendidikan sekarang bukan lagi berorientasikan pelajaran sahaja, malah turut mengutamakan keterlibatan pelajar dalam kokurikulum seperti badan berunifom, kelab mahupun persatuan.

“Selama hampir lapan tahun saya menjadi guru penyelaras Kelab 1Malaysia, kelab ini banyak membantu para pelajar terutama ahli kelab melalui aktiviti yang dijalankan seperti simulasi pilihan raya, pertandingan sketsa rukun negara, bengkel pengacaraan, khemah kerja dan banyak lagi,” ujarnya.

Turut diumumkan pelajar terbaik sekolah berkenaan, Aisha Abd Halim yang berjaya mendapat 11A.

-SH

Tinggalkan komen anda