Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Melestarikan Pesta Bendang Secara Ukhwah

By 12 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh : Muhamad Nawawi Kasa

 

PENDANG, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Membentuk masyarakat berilmu memerlukan kerjasama serta ukhwah yang padu serta jitu kerana kepelbagaian budaya masyarakat itu sendiri.

IMG-20180312-WA0046

Untuk melestarikan budaya ini, Pegawai pelaksana program, Mohd Hamdi Che Me berkata, “mekanisme yang bersesuaian dengan budaya masyarakat setempat telah digarapkan untuk mewujudkan suasana yang kondusif,” ujarnya di sini hari ini.

bola tampar dalam bendang satu kelainan yang ditonjolkan

bola tampar dalam bendang satu kelainan yang ditonjolkan

Menurutnya lagi, program ini merupakan kerjasama antara Komuniti 1Malaysia Mukim Rambai bersama-sama pelajar dari Universiti Utara Malaysia, Sintok seramai 45 orang berkampung dengan keluarga angkat masing-masing.

Acara tarik upih dalam bendang mencuit hati penonton

Acara tarik upih dalam bendang mencuit hati penonton

Mohd Hamdi turut berkata, “pendedahan yang diterima di sini merupakan pengalaman berharga dan sukar dinilai.”

Bagi melestarikan hubungan antara pelajar dan keluarga angkat serta masyarakat setempat, satu bentuk aktiviti sukan bendang telah dianjurkan. Beberapa acara menarik seperti menangkap ikan, tarik upih , tangkap ayam, bola tampar lelaki dan wanita yang semuanya diadakan dalam petak bendang untuk melihat ketahanan mental peserta.

IMG-20180312-WA0045

Bagi Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Mukim Rambai, Haji Che Me Che Mat menyatakan program ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran serta berkomunikasi yang berbeza antara masyarakat dan pelajar.

“Saya merasa banyak impak positif daripada pertukaran budaya ini memberi satu sentuhan yang berkekalan antara keluarga angkat,” ujarnya lagi.

IMG-20180312-WA0053

Seorang pelajar yang ditemui Malaysiaaktif melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dipilih untuk terlibat dalam program ini.

“Banyak pendedahan kepada saya serta rangsangan mental yang kukuh untuk memperbaiki kelemahan diri, ujar Kaori Kitamura, 21, pelajar UUM berdarah kacukan Jepun dan Sabah.

IMG-20180312-WA0049

Program ini turut dihadiri oleh ADUN Sungai Tiang juga merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob yang turut terlibat dalam menyampaikan hadiah kepada peserta.

– MRR

Tinggalkan komen anda