Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

360 Unit PPA1M Plus Dibina Untuk Penjawat Awam Negeri Sembilan

By 26 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan : Suzilawati Kamarudin & Muhammad Ramadan Ab Rahim (Seremban)

SEREMBAN, 26 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 360 unit Perumahan Khas Penjawat Awam Negeri Sembilan (PPA1M Plus) dibina di atas 45 ekar tanah yang terdiri daripada 109 unit rumah teres satu tingkat dengan harga RM245 ribu dan 251 unit rumah teres dua tingkat pada harga RM340 ribu. Sebanyak Lebih RM17 juta diperuntukkan oleh Unit PPA1M sebagai dana mudahcara bagi projek ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa (dua dari kiri) menyerahkan surat kelulusan program PPA1M plus kepada Mohamad (dua dari kanan) dalam majlis ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa (dua dari kiri) menyerahkan surat kelulusan program PPA1M plus kepada Mohamad (dua dari kanan) dalam majlis ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri sebelum ini telah menggunapakai Dasar Perumahan Negeri Sembilan di mana rumah berharga RM80 ribu dengan tiga bilik dan dua bilik air, layak untuk dipohon oleh mereka yang berpendapatan seisi rumah RM3 ribu ke bawah.

“Kerajaan negeri juga akan membina 400 unit rumah mampu milik lagi di Negeri Sembilan selepas ini, di mana kita beri keutamaan kepada yang belum ada rumah lagi dan yang telah mempunyai keluarga,” katanya ketika merasmikan majlis Perasmian PPA1M Plus di Bandar Sri Sendayan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Sabarudin Yeop Hamza menyarankan penjawat awam di negeri tersebut untuk merebut peluang keemasan yang disediakan ini.

“Program ini disifatkan sebagai penghargaan kepada penjawat awam khususnya di Negeri Sembilan. Semoga manfaat ini akan sampai kepada semua penjawat awam di negeri ini melalui hebahan dan promosi yang berkesan.

Ali bergambar dengan penjawat awam yang hadir.

Ali bergambar dengan penjawat awam yang hadir.

“Selain itu, harapan saya agar semua peringkat penjawat awam boleh memiliki rumah ini dengan harga yang mampu milik. Kajian harga rumah boleh ditambah baik agar semua peringkat mendapat manfaatnya,” ujarnya.

Penjawat awam, Mohd Shaharudin Suratman, menyambut baik projek perumahan ini. “Sebagai ketua keluarga, pastinya impian kita untuk memberikan dan menyediakan kediaman yang baik serta selesa kepada keluarga, tetapi dengan lonjakan harga rumah yang tinggi sekarang, mana mungkin saya dapat memilikinya, tetapi rezeki pada hari ini, bolehlah saya sebagai penjawat awam yang bekerja di Negeri Sembilan tersenyum lebar merebut peluang ini,’ kata Shaharudin.

Projek PPA1M Plus ini dikhususkan kepada penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Sembilan, berbeza dengan projek PPA1M yang lain yang terbuka kepada semua penjawat awam di Malaysia.

-SH

Tinggalkan komen anda