Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

KDNK Negara 2017 Berkembang 5.9 Peratus

By 26 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan : Syed Hisham Shah             Foto: Azrene Mohd Noor (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 26 April (Malaysiaaktif) – Ekonomi negara berada pada landasan terbaik dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2017 berkembang pada kadar 5.9 peratus.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, berkata pencapaian ini menjangkaui sasaran yang ditetapkan oleh Bank Dunia dan membuktikan perancangan yang dilakukan kerajaan dalam merancakkan ekonomi negara berhasil.

Turut hadir sempena program ini, Pengerusi MyWIN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut hadir sempena program ini, Pengerusi MyWIN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

“Bank Dunia menjangkakan ekonomi negara hanyalah pada kadar 4.8 peratus, kemudian mereka membuat semakan kepada 5.1 peratus sebelum semakan semula pada kadar 5.8 peratus. Ini menunjukkan betapa progresifnya kita dalam merancang ekonomi negara.

“Saiz ekonomi ataupun kadar KDNK negara pada 2016-2017 adalah sebanyak RM1.23 trilion berbanding RM698.64 bilion pada tahun 2009 setelah Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara,” katanya sempena program ‘Powerhour@MyWin Academy di Akademi MyWIN, di sini semalam.

Dalam pada itu, Ali turut menjelaskan isu-isu yang dihadapi terutamanya di dalam bidang perkhidmatan kesihatan bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani namun kerajaan sentiasa berusaha untuk mengatasi setiap masalah demi kepentingan rakyat.

“Berapa banyak hospital baharu dibina dan dilancarkan untuk suku tahun ini sahaja. Hospital dibina di kawasan pedalaman dengan kemudahan lebih baik atau setanding hospital di Lembah Klang, dengan peruntukkan yang terhad untuk diagihkan kepada semua adalah sukar untuk dilakukan tetapi harus tetap dilaksanakan,” ujarnya.

Sharifah Zarah mengajak wanita bangkit bagi menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari.

Sharifah Zarah mengajak wanita bangkit bagi menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari.

Terdahulu Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad menjelaskan bukan mudah bagi kaum wanita untuk memperkasakan peranan mereka dalam pelbagai bidang terutamanya pada masa-masa lampau.

“Jika kita merujuk kepada Perisytiharan Beijing dan Wadah untuk Tindakan, melihat kepada 12 perhatian utama, kita akan nampak di mana kedudukan wanita yang sebenarnya. Itu masalah yang dihadapi kaum wanita di seluruh dunia, wanita diletakkan pada taraf yang begitu rendah.

“Pada tahun 2000, kita adakan Deklarasi Milenium; Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) No. 3, telah memberikan tumpuan kepada wanita dan kini dalam langkah memperkasakan wanita menjadi lebih kemas dan hebat, kita jayakan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals).

“Cuba kaitkan peranan wanita dalam semua perkara ini kerana apabila kita melakukan sesuatu, kita jangan beranggapan kita melakukannya untuk diri kita semata-mata, tetapi lakukan untuk dikembalikan kepada masyarakat,” jelasnya.

Tinggalkan komen anda