Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Lekuk Gunung Kinabalu Jelas Kelihatan Melalui Maragang Hill

By 5 April 2018Oktober 8th, 2018Tiada komen4 minit bacaan

 

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

KUNDASANG, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Berketinggian 2232 meter, hanya satu jam setengah diperlukan untuk sampai ke puncak Maragang Hill, bagi melihat keindahan lekukan pada Gunung Kinabalu, sebelum kabus menjengah menutupi permandangan.

Kenderaan bersedia membawa pendaki seawal 4.00 pagi.

Kenderaan bersedia membawa pendaki seawal 4.00 pagi.

Dua orang sahabat baik, Marelly Erieca Ezalan dan Angelena Mansin sudah bersiap seawal 4.00 pagi untuk mendaki Maragang Hill bagi melihat sinaran suria pagi menjelmakan diri.

“Sepanjang pendakian di Maragang Hill, yang paling utama kami langsung tidak bertemu pacat dan untuk kali ini kami cuba mengambil pakej loop trail dan sunrise attack pula.

Keindahan hutan dara sangat mengasyikkan pencinta alam.

Keindahan hutan dara sangat mengasyikkan pencinta alam.

“Satu pengalaman menarik kerana hutan yang dilalui juga masih dara, oleh kerana kami melalui loop trail semasa turun iaitu sejauh 3 km, kami dihidangkan dengan permandangan air terjun di penghujung jalan.

“Beza tanah yang dipijak semasa mendaki pula ialah kita akan terasa kelembutan apabila kaki terbenam kerana laluan yang berlumut tebal dan berbeza dari tempat lain dan kerana itulah kami mengambil keputusan mengulang kembali pengalaman mendaki Maragang untuk kali ke dua,”jelas Angelena.

Kawasan berlumut berbentuk seolah-olah anak gajah yang ditemui disana.

Kawasan berlumut berbentuk seolah-olah anak gajah yang ditemui disana.

Tambahnya, laluan sepanjang perjalanan juga sangat bersih dan tiada sampah ditemui, yang lebih istimewa sampai sahaja di puncak pendaki akan dapat lihat dengan jelas setiap lekuk yang ada pada Gunung Kinabalu.

“Kalau kita ambil pakej loop trail, kita akan dapat lihat keseluruhan ‘Donkey Ear’ pada Gunung Kinabalu, sukar dijelaskan kecantikan pemandangan itu, para pendaki sememangnya disarankan untuk datang ke sini.

“Saya juga mencadangkan supaya dibina sebuah tandas untuk kegunaan pendaki tetapi perlulah dibina tanpa mencemarkan keadaan alam semulajadi.

“Memandangkan tempat ini masih baharu, jadi masih perlu beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan di ruang perkhemahan, naiktaraf tali keselamatan dan juga susur tangga kerana jika hujan, keadaan jalan agak becak,”katanya.

Jumadi (kiri) dan Ikhwan di hadapan pejabat pengurusan.

Jumadi (kiri) dan Ikhwan di hadapan pejabat pengurusan.

Dalam pada itu, Pengerusi Mesilou Volunteers Club (MEVOC), Jumaidi Lasim berkata rancangan untuk mewujudkan Maragang Hill sebagai salah satu usaha menarik minat pelancong dan pendaki berkunjung ke Mesilou.

Menurutnya, selepas kejadian gempa pada 2015, pengunjung takut untuk ke Mesilou dan angka itu sangat jelas berkurangan.

Jelasnya, MEVOC juga pernah menganjurkan program sukan larian untuk menarik balik pengunjung ke sini, dan mereka juga berjumpa dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun untuk meminta pandangannya.

“Atas saranan Datuk dan pendapat daripada rakan-rakan malim yang sudah meninjau kawasan bukit di sini, maka kami sepakat menyediakan khidmat mendaki Maragang Hill.

 

Sijil yang diterima oleh Malaysiaaktif kerana berjaya mendaki Maragang Hills.

Sijil yang diterima oleh Malaysiaaktif kerana berjaya mendaki Maragang Hill.

“Trek yang ada disini memang semulajadi, sesiapa sahaja mampu naik dan jarak hingga ke puncak pun tidak terlalu jauh.

“Kami turut menyediakan beberapa pakej yang boleh dipilih, tetapi pada yang ingin mengambil pakej ‘Sunrise Attack’ perlu bertolak seawal empat pagi,” ujarnya.

Kata Jumaidi, ketika pelancaran Maragang Hill pada September 2017, pendakian pertama dibuka dengan menerima hampir 400 penyertaan

“Hingga kini, kami sudah menerima hampir 3000 orang pendaki dan hasil pungutan yuran itu kami dapat membuat penaiktarafan.

“Kami juga menerima maklumbalas yang positif daripada pendaki terutama sekali kerana pemandangan yang cantik, dengan syarat mereka perlu bertolak awal sebelum kabus menutup kawasan perfunungan sekitar 9.00 pagi.

“Ramai juga yang datang semula dan membawa rakan-rakan, pernah juga kami menerima pelanggan sehingga lebih 100 orang sehari pada waktu cuti,” katanya.

Norasram atau dikenali sebagai Raflesia Putih hanya bertemu Maragang sebanyak dua kali dalam tempoh lima tahun.

Norasram atau dikenali sebagai Raflesia Putih hanya bertemu Maragang sebanyak dua kali dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu, Pegawai Promosi dan Media Malim Gunung Kinabalu, Norasram Ramli berkata Maragang diberi nama mengikut bahasa tempatan daripada spesis lotong merah, sejenis haiwan primitif yang tidak agresif dan tidak mesra dengan persekitaran.

“Spesis lotong ini sering menjauhkan diri dari manusia, tidak seperti monyet lain. Mereka sangat jarang di lihat dan setakat ini hanya ditemui di Kepulauan Borneo.
“Maragang merupakan spesis pemakan daun. Sebelum ini selalu juga kelibat mereka kelihatan, tetapi sekarang dalam tempoh lima tahun, mungkin hanya dua kali dapat ditemui dan mereka ini hidup secara berkumpulan.

“Keunikan Maragang Hill ini juga dari segi tumbuhan hutan yg mempunyai peringkat demi peringkat. Di peringkat bawah adalah hutan muda, di tengah pula hutan lumut yang bersempadan dengan batuan ultramatik.

“Keunikannya juga ada beberapa jenis tumbuhan endemik dan juga ada beberapa jenis ular yang boleh dilihat secara dekat dan sepsis ular endemik ini boleh dijumpai di kawasan 2000 meter dan ke bawah,” jelasnya.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda