Skip to main content
Berita TengahHomeWilayah Persekutuan

PM Umum Kenaikan Gaji Dan Insentif Gembira Buat Penjawat Awam, Pesara

By 5 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Liputan dan Foto Oleh : Shahfuri Saidan & Halim Aman

 

PUTRAJAYA, 5 April 2018 (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak semalam mengumumkan kenaikan gaji serta insentif kepada penjawat awam dan pesara.

Beliau mengumumkan berita gembira ini di hadapan lebih 10 ribu penjawat awam yang hadir dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 (XVI) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam.

WhatsApp Image 2018-04-04 at 15.53.59Najib turut mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan kenaikan pangkat “time-based” berasaskan kecemerlangan kali ke-2 untuk kumpulan pelaksana dipendekkan dari 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari lalu.

Selain itu, beliau juga mengumumkan kerajaan bersetuju mewujudkan gred lapisan kenaikan pangkat baharu, iaitu Gred DG56 untuk pegawai perkhidmatan pendidikan, yang berada lebih 5 tahun di Gred 54 dan memberikan perkhidmatan cemerlang.

Antara pengumuman lain yang turut dibuat ialah pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak warganegara.

Beliau turut mengumumkan sumbangan dana kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) sebanyak RM1 juta. Selain itu, insentif lain adalah memanjangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada penjawat awam yang bukan beragama Islam, bagi menunaikan aktiviti keagamaan masing-masing, maksimum 7 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Kenaikan kadar pencen tahunan secara One-Off mulai 1 Julai 2018 hingga 31 Disember 2018, ” tambah beliau lagi.

Tambah beliau “Pemberian geran khas kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018 juga diperkenalkan begitu juga peruntukkan kuota Haji untuk Persatuan Pesara Kerajaan.”

Bagi penjawat awam, pemberian kenaikan gaji bersamaan amaun 1 KGT kepada semua penjawat awam yang berjumlah 1.6 juta juga akan diberikan.

Insentif ini diberikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai ‘ kawan setia’ kepada pihak Kerajaan.WhatsApp Image 2018-04-04 at 15.54.43

Turut berlangsung majlis penyerahan cek sumbangan kepada Persatuan Pesara Kerajaan dan sumbangan dana kepada CUEPACS oleh Perdana Menteri.

MAPPA XVI kali ini telah melibatkan kehadiran seramai 10,000 anggota perkhidmatan awam dan pesara dari seluruh Malaysia.

Turut hadir pada amanat tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Yang Berbahagia Dato’ Hj.Azih Muda, Presiden CUEPACS.

 

-AZR-

Tinggalkan komen anda