
PAPAR, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Orang ramai dipelawa menyertai Sukarelawan Squad P.175 Papar dengan mendaftar di pejabat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Papar bila-bila masa.

Salleh (tiga dari kanan) sedang bertanyakan dengan Ahli K1M Pengalat disaksikan Swady (dua dari kanan) dan Pengerusi K1M Pengalat dalam Pameran K1M Papar sabtu lalu.
“Kita harap agar budaya sukarelawan ini menjadi amalan dikalangan masyarakat malah kita dalam proses untuk mendapatkan mereka yang berminat menyertainya.
“Melalui Squad tersebut kita akan laksanakan program bina rumah warga emas yang terpilih di sekitar kampung,” kata beliau semasa berucap sempena Program Mini Karnival Demi Paparku 2018 di Dewan SMK Pengalat, pada Sabtu.
Menurut Rosnah, Seramai 525 ahli sukarelawan Squad P175 telah berdaftar sejak januari tahun ini terdiri daripada belia Papar berumur 18 hingga 40 tahun yang terlibat dalam aktiviti Parlimen di bidang kebajikan, pendidikan, keagamaan dan misi khas.
Dalam program berkenaan, Menteri Komunikasi dan Multmedia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak turut hadir merasmikan Squad P.175 serta mengumumkan peruntukkan dana RM 100 ribu.
Salleh turut melawat gerai pameran Mini Karnival Demi Paparku yang turut disertai oleh Jabatan Penerangan Sabah, Komuniti 1Malaysia Papar, Jualan murah barangan keperluan dapur dari COOP Mart serta gerai-gerai dibawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA.
Kira-kira 800 pengunjung hadir di program tersebut yang turut dihiburkan oleh Artis Astro Pop Star, Dayang serta berpeluang membuat cabutan pengunjung bertuah.
Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah merangkap Ahli DUN Kawang, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar; Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Johnny Mositun; Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Wiliam Ahlan serta pemimpin masyarakat setempat.