Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sambutan Hangat Pertandingan Memanah Sempena Pesta Kaul Oya 2018

By 9 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Sukup (Sarawak)

DALAT, 9 April (Malaysiaaktif) – Pertandingan Memanah yang diadakan sempena Pesta Kaul Oya 2018 yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM) Oya, di sini semalam menerima sambutan menggalakkan daripada pelajar sekolah mahupun peserta luar.

Menurut jurucakap pertandingan, Awang Johan memberitahu bahawa pertandingan yang membuka penyertaan kepada kategori sekolah rendah adalah bermatlamat untuk mempopularkan sukan memanah khususnya dalam kalangan pelajar.

Peserta pertandingan memanah kategori terbuka sempena Pesta kaul Oya 2018 sedang bertanding merebut kedudukan.

Peserta pertandingan memanah kategori terbuka sempena Pesta kaul Oya 2018 sedang bertanding merebut kedudukan.

“Semua pemenang tempat pertama hingga ketiga dalam kedua-dua kategori berjaya membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai, medal dan hamper yang telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir Sarawak, Zalina Sait,” katanya yang ditemui selepas acara selesai.

Dayang Intan Nurafrina diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan memanah kategori Sekolah Rendah.

Daripada lebih 30 orang peserta Sekolah Rendah, tempat kedua dimenangi oleh Haikal Hariri Halary dan tempat ketiga Khairina Khairul Zulhusni yang mana ketiga-tiga peserta ini mewakili pasukan Excellent Archery.

Bagi kategori terbuka pula, tempat pertama dimenangi oleh Abdul Aziz Sahren, Aidil Omar di tempat kedua, dan tempat ketiga dimenangi oleh Iskandar Isahak yang kesemuanya mewakili Mukah District Archery (MDA).

Pertandingan memanah ini anjuran bersama Jawatankuasa Kaul Oya dan Dalat Archery Community (DAC).

Sebanyak tujuh buah Sekolah Rendah mengambil bahagian dalam acara ini. Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Pengiran Mohamad Oya, SK Kampung Teh, Oya, SK St. Bernard, Dalat, SK Mukah, SK Sungai Ud, SK Dua Sungai, Mukah dan SK Kampung Bakong, Oya.

Kategori terbuka pula disertai oleh lima pasukan terdiri daripada Mukah District Arcery, Xtreme Archery, Oya, Han Archery, SMK Oya, dan SMK Dalat.

-SH

Tinggalkan komen anda