Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Sesekali Balai Bomba Menjadi Taska…

By 17 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Sesekali melayan karenah anak-anak pasti menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dilawati seramai 50 orang pelajar Tadika Pintar Al-Hafiz.

Jamikah Ismail

Jamikah Ismail

Menurut Pegawai Operasi, Jamikah Ismail, beliau dan kakitangannya rasa seronok menerima lawatan tersebut dan sangat mengalu-alukan pada yang berminat untuk melawat mereka.

“Sekolah atau agensi yang berminat hanya perlu menyediakan surat yang menyatakan rancangan untuk datang dan kami sentiasa menerima dengan tangan terbuka.

“Setiap bulan kami menerima tiga hingga empat kali lawatan daripada taska dan ianya mencapai puluhan kali setahun.7

“Semasa lawatan, kami akan mengajar anak-anak cara-cara betul untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran seperti merangkak dan berguling dan mengadakan lawatan di bilik kawalan utama.

“Selain itu, anak-anak juga akan dibawa untuk merasai pengalaman menaiki jentera bomba dan memegang hos kecil untuk menyiram air selain demonstrasi memadam api pada pelawat dewasa,”jelasnya.

8Menurut Jamikah, lawatan sebegini diharap dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anak dan orang dewasa untuk tahu sedikit sebanyak mengenai tugas ahli bomba dan cara menyelamatkan diri.

“Peranan bomba bukan sahaja untuk memadam api, tetapi juga banyak tugas lain yang diarahkan seperti bergotong royong bersama masyarakat, membuat demonstrasi fire drill dan banyak lagi.

“Saya juga mengesyorkan pada pihak yang berminat untuk mendaftarkan diri di dalam Kelab Keselamatan, Kebakaran Kanak-Kanak (Kelab 3P) kerana banyak aktiviti dapat dilakukan bersama kami.4

“Caranya mudah sahaja, hanya perlu mengisi borang dan memaklumkan minat anda untuk menyertai kelab dan hantar semula borang tersebut ke ibu pejabat,” ujarnya.

Kelab 3K adalah satu program Pembelajaran dan Kesedaran Awam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang ditujukan kepada golongan kanak-kanak.

11

Sementara itu, pengusaha Tadika Pintar Al-Hafiz, Ani Abbas berkata, program lawatan ini memberi kaedah pembelajaran anak-anak secara amali.

“Selain daripada silibus tahfiz, kami turut menyediakan aktiviti luar kelas yang bertujuan mendedahkan pelajar kepada aktiviti luar

“Belajar dan melawat merupakan satu kaedah yang dapat mengembangkan daya pemikiran mereka. 9

“Ini juga merupakan satu kaedah untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk ke sekolah kerana didedahkan dengan pelbagai aktiviti,”katanya.

Dalam pada itu, salah seorang pelajar Hezzayd Anaqi Heznan, 5 berkata bahawa cita-citanya apabila dewasa adalah ingin menjadi ahli bomba.

“Kalau jadi bomba, saya boleh tolong padam api, bomba juga berani tangkap ular dan juga biawak. Selain itu baju bomba juga cantik,” katanya.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda