Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Jawatankuasa Ekonomi Santubong Bakal Ditubuh

By 7 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Genda Sating & Parno Salamat (Kuching)

KUCHING, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa ekonomi di kawasan Santubong akan ditubuhkan bagi mengkaji pelan strategik jenis bantuan yang boleh dirancang dan disalurkan kepada penduduk kampung dalam membangunkan pelbagai industri termasuk pertanian dan pelancongan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan mempunyai dana tertentu dalam membangunkan industri pertanian dan pelancongan.

“Jika kita mempunyai produk yang baik kita boleh mempromosikan industri ini termasuk pelancongan menggunakan teknologi terkini iaitu akses digital sepertimana yang dirancang oleh Ketua Menteri,” katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Pembaik Pulih Esplanade Telaga Air di sini, kelmarin.

Perasmian... menandakan siapnya kerja-kerja pembaik pulih esplanade telaga air.

Perasmian… menandakan siapnya kerja-kerja pembaik pulih esplanade telaga air.

Wan Junaidi turut menyeru penduduk kampung agar tidak ketinggalan dan sama-sama mengaplikasikan penggunaan ekonomi digital dalam mempromosikan produk mereka.

“Selain dapat memajukan taraf ekonomi, ia turut mampu memberi pulangan yang lumayan.

“Selain pemandangan yang indah, faktor masakan dan makanan laut serta kewujudan rumah penginapan di sini turut menarik minat orang luar datang berkunjung ke kawasan ini,” tambahnya.

Bagi kemudahan penduduk setempat dan sebagai tarikan pelancongan, kerajaan telah mengeluarkan RM3.5 juta bagi membangunkan Esplanade Telaga Air yang kini telah dibaiki dan dibangunkan semula memandangkan Esplanade asal yang dibina beberapa tahun lalu telah rosak akibat tiupan angin kencang.

-SH

Tinggalkan komen anda