Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pembinaan SMK Petagas Tampung Peningkatan Pelajar

By 7 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Mohd Sarah Bulindan/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas di Kampung Tengah Padang akhirnya dapat menampung masalah kekurangan bilik darjah berikutan peningkatan bilangan pelajar setiap tahun.

Sekolah yang dibina dengan kos kira-kira RM50 juta bermula pada 12 April lalu dijangka siap pada Julai 2020 menempatkan 36 bilik darjah dan 16 unit rumah guru kelas F.

Ketibaan Musa disambut orang ramai

Ketibaan Musa disambut orang ramai

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang menyempurnakan Majlis Pecah Tanah tapak sekolah berkenaan berkata, kerajaan negeri mengambil berat kesukaran ibu bapa di negeri ini untuk menghantar anak mereka ke sekolah berikutan kapasiti sekolah sedia ada sudah mencapai tahap maksimum.

”Ketika ini, hanya ada dua sekolah menengah di daerah ini iaitu SMK Putatan dan SMK Tansau, masing-masing dengan 1,900 dan 1,800 pelajar, iaitu sudah mencapai kapasiti maksimum pelajar yang mampu ditampung sekolah terbabit.

Antara yang hadir dalam program tersebut

Antara yang hadir dalam program tersebut

“Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin sering membangkitkan soal pembinaan sekolah ini pada setiap mesyuarat Majlis Gerakan Negeri, masalahnya cuma berkaitan tanah.

“Jadi saya minta Jabatan Tanah dan Ukur selesaikan masalah itu kerana pembinaan sekolah ini sangat penting kepada rakyat di sini,” kata Musa yang juga Pengerusi BN Negeri.

6246c2a8-fe2e-4f88-86bb-41330e25162c

Tambahnya, infrastruktur sekolah menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan keselesaan murid dan pelajar di negeri ini menimba ilmu.

“Tahun ini saja RM1 bilion diagihkan oleh kerajaan Pusat kepada Sabah untuk menyelesaikan bangunan sekolah daif di negeri ini. Jumlah itu cukup besar dan ia tentu sangat bermakna kepada kita semua,” katanya.

Abd. Kahar Haji Buyong

Abd. Kahar Haji Buyong

Terdahulu, Yahya yang juga calon BN DUN Petagas, berkata cadangan pembinaan SMK Petagas sudah dibangkitkan beliau sejak lima tahun lalu sejajar usaha memberi keselesaan kepada pelajar di daerah ini.

Katanya, jalan masuk ke tapak sekolah baharu itu juga sudah lama dibina bagi memudahkan pembinaannya, namun pelaksanaan projek itu tertangguh disebabkan masalah tanah.

Haji Ahmad Haji Mohd Yunin(kiri)

Haji Ahmad Haji Mohd Yunin(kanan)

“Hari ini, pelancaran SMK Petagas yang sekian lama diimpikan oleh penduduk Putatan dan Petagas, membuktikan komitmen pimpinan negeri ini dalam mencapai agenda pembangunan,” katanya.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh dan calon BN kerusi DUN Tanjong Aru, Datuk Edward Yong Oui Fah.

Dalam pada itu, seorang pesara Guru, Haji Ahmad Haji Mohd Yunin berharap dengan terbinanya sekolaha baharu ini nanti dapat membantu mengurangkan kesesakan pelajar di SMK Putatan dan SMK Tansau.

Sementara itu, bagi pengunjung, Abd. Kahar Haji Buyong berkata, pembinaan sekolah ini membuktikan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat sentiasa diambil kira.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda