Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

RM1,287,500 Diagih Kepada 2,575 Keluarga Mangsa Banjir Kota Belud

By 12 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Jefren Malaning

KOTA BELUD, 12 Jul (Malaysiaaktif)- Peruntukan sebanyak RM1,287,500 diagihkan kepada 2,575 keluarga di daerah ini sebagai bantuan mangsa banjir yang berlaku pada Disember lepas.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, peruntukan tersebut disumbangkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) bagi meringankan beban mangsa banjir berkenaan.

Para penerima bantuan mendaftar sebelum menerima bantuan.

Para penerima bantuan mendaftar sebelum menerima bantuan.

“Bantuan sebanyak RM500 kepada setiap ketua isi rumah diberikan untuk meringankan beban mangsa seperti kehilangan serta kerosakan harta benda.

“Penerima bantuan kali ini khas kepada mangsa bencana banjir yang terperangkap selama empat hari atau lebih yang limpahan air di laluan keluar masuk kediaman mangsa,”ujarnya.

Antara penerima bantuan.

Antara penerima bantuan.

Pada tahun 2017, daerah berkenaan telah dilanda 86 kali kejadian banjir, mengalami enam kali perpindahan yang melibatkan 43 buah kampung.

Isnaraissah menyarankan penduduk di daerah berkenaan untuk memuat turun aplikasi Security and Integrated Flood Operation Network (SAIFON) bagi mendapatkan info terkini mengenai paras air sungai.

Mohd Norazri bergambar bersama-sama penerima bantuan.

Mohd Norazri bergambar bersama-sama penerima bantuan.

“Masyarakat Kota Belud amat beruntung kerana di Sabah hanya daerah ini sahaja yang mempunyai aplikasi SAIFON.

“Diharapkan dengan aplikasi ?tersebut dapat memudahkan warga Kota Belud dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir,” katanya di Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Negara Negeri Sabah Daerah Kota Belud (Tidak Berpindah), di sini pada Khamis pagi.

Timbalan Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud, Mohd Norazri Fauzi Nur Azalleh.

Timbalan Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud, Mohd Norazri Fauzi Nur Azalleh.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud, Mohd Norazri Fauzi Nur Azalleh.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, Dr Jafri Abdul Jalil; Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah, Kol (PA) Kamal Mokhtar.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda