Skip to main content
Berita TempatanSabah

Koperasi Politeknik KK Berhad Punyai Potensi Besar

By 23 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto: Siti Mariam Aziz Rashid

 

 

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Malaysiaaktif) -Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad (KPKKB) mempunyai peluang dan potensi besar dalam memperluaskan lagi bidang perniagaan sedia ada entiti tersebut.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah, Umar Sarim bin Haji Saidin berkata, dengan modal sediada KPKKB mempunyai banyak ruang dan peluang untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan yang mana akan memberi pulangan dan manfaat kepada ahli-ahlinya.

“Antara perkhidmatan yang boleh KPKKB sediakan adalah perkhidmatan dobi dan penginapan yang mana boleh memanfaatkan ahli-ahli koperasi yang juga para pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Kinabalu sendiri, mahupun masyarakat setempat,”kata Umar.

SKM_13-01

Menurutnya lagi, SKM boleh membantu dari segi pinjaman menerusi dua skim
pembiayaan bantuan kepada koperasi yang mempunyai projek berdaya maju dan dalam bentuk bantuan geran tertakluk kepada kelayakan serta terma dan syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian sempena lawatan kerja Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Zainab binti Othman ke pejabat beliau pada isnin.

Zainab yang diiringi pegawai-pegawai kanannya berkata, buat masa ini PKK
mempunyai lebih empat ribu ahli terdiri daripada pelajar dan kakitangan PKK.

“Tujuan kunjungan kita pada hari ini adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang tadbir urus dan peroperasian terbaik untuk KPKKB bagi memastikan koperasi PKK ini akan berkembang dengan lebih cemerlang lagi,”kata Zainab.

Turut hadir pada lawatan tersebut, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Mohd. Sahran bin Mohidin @ Awang, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK, Md. Syadiqin Ag. Adi @ Jumaat, Pengerusi KPKKB, Jumriani bt Nangkong serta pegawai kanan PKK lainnya.

 

-FB

Tinggalkan komen anda