Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Penjawat Awam Digesa Semarakkan Kibaran Jalur Gemilang

By 17 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Penjawat awam disaran mengibar Jalur Gemilang di rumah masing-masing bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan menjadi contoh terbaik kepada orang lain.

Pemangku Pegawai Daerah Jempol, Raja Norazli Raja Nordin, menjelaskan penjawat awam perlu mempunyai semangat ‘Sayangi Malaysiaku’ kerana negara ini adalah milik bersama.

Raja Norazli ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Raja Norazli ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Sama-samalah kita menjaga perpaduan pada hari ini kerana tanpa perpaduan semalam maka tiadalah kemerdekaan,” katanya ketika merasmikan majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Jempol, hari ini.

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan kali ini turut diadakan Senamrobik Merdeka yang dikendalikan oleh Persatuan Kecergasan Daerah Jempol dan Kempen Jom Sihat Merdeka serta penyerahan Jalur Gemilang kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

Senamrobik antara aktiviti yang turut diadakan sempena sambutan ini.

Senamrobik antara aktiviti yang turut diadakan sempena sambutan ini.

Seorang penjawatan awam yang bertugas di pejabat Daerah Jempol, Haris Salleh, berkata selain mengibarkan Jalur Gemilang, masyarakat turut perlu menghayati erti kemerdekaan yang telah dikecapi ini.

“Jangan sesekali mengadaikan kemerdekaan dengan fahaman politik yang tidak ketentuan ini.

“Generasi baharu perlu mengekalkan kemerdekaan dengan mempelajari daripada generasi terdahulu agar keamanan, kehormanian dan perpaduan rakyat dapat dikekalkan,” katanya yang ditemui di Dewan Pejabat Daerah Jempol.

-SH

Tinggalkan komen anda