Skip to main content
HomeTerengganu

OKU Bukti Kebolehan Dalam Sukan Memanah

By 9 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Tg. Saipulah Tg. Mohd

KUALA TERENGGANU, 9 Sep (MalaysiaAktif) – Seramai 30 Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan mengambil bahagian dalam sukan memanah yang diadakan di perkarangan Pusat Bestari.comm Kg. Seberang Takir semalam.

Program yang berlangsung pada jam 9 pagi ini turut menarik perhatian masyarakat setempat yang ingin menyaksikan sendiri bakat luar biasa OKU dalam sukan memanah ini.

Anis Sakinah diajar teknik memanah yang betul

Anis Sakinah diajar teknik memanah yang betul

Menurut Pengerusi Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Wilayah Timur (PERTIS), Mohd Fauzi Mansor, 47, berkata tujuan utama mengadakan aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri, mengatasi rasa takut dan membentuk disiplin yang tinggi dalam kalangan mereka.

Selain dari sukan memanah, persatuan yang mempunyai ahli seramai 300 orang ini merancang untuk mengadakan pertandingan futsal, boling dan seni mempertahankan diri dengan masyarakat setempat, pelajar-pelajar IPT dan badan-badan bukan kerajaan bagi merapatkan ukhwah dan memberi kesedaran tentang kewujudan komuniti orang cacat penglihatan di dalam masyarakat hari ini.

Mohd Fauzi Mansor, Pengerusi Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Wilayah Timur (PERTIS)

Mohd Fauzi Mansor, Pengerusi Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Wilayah Timur (PERTIS)

Menurut peserta Anis Sakinah Abdul Aziz, 21 berkata sukan ini menjadikan dirinya lebih berani dan berdikari. Tambahnya, aktiviti memanah melatih dirinya untuk seimbangkan seterusnya menumpukan perhatian bagi mendapat sasaran yang paling tepat sebelum anak panah dilepaskan.

Seorang lagi peserta, Solihin Ibrahim, 27 berkata beliau agak gementar kerana beranggapan sukan ini berbahaya kepada golongan sepertinya. “Setelah membuat beberapa kali percubaan dibantu dengan rakan-rakan yang lain, beliau berjaya mengawal emosi dan fokus kepada sasaran.

EM

Tinggalkan komen anda