Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Kamaruddin Abdullah Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 1440H

By 12 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

 

KEPALA BATAS, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Perhimpunan Ummah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah, Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di Dewan MidTown PERDA, Tasek Gelugor, Semalam. Menyantuni Umat, Membawa Rahmat dipilih sebagai tema Maal Hijrah Tahun 2018M/1440H.

Ucaptama oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas. Tun turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah kepada semua penerima-penerima anugerah mengikut kategori iaitu Anugerah Ibu Mithali, Anugerah Bapa Mithali, Anugerah Saudara Kita, Anugerah Pendakwah Negeri dan Penarafan Bintang Masjid.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah Tahun 2018M/1440H disandang oleh Tuan Haji Kamaruddin Abdullah, 50 tahun.  Beliau yang memegang jawatan sebagai Presiden IPSI (Islamic Propagation Society International) itu telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat khasnya terhadap saudara baharu dengan mengendalikan kelas saudara baru sejak 1998.

Haji Kamaruddin Abdullah

Haji Kamaruddin Abdullah

Selain itu, beliau turut memperkenalkan Kelas Perbandingan Agama (KPA), Street Dakwah sempena Maulidur Rasul tahun 2006 dan turut memperkenalkan program Discover Islam.

Antara yang paling menarik, beliau telah melancarkan ‘Program Road To Alaska’ untuk sebaran dakwah kepada bukan Islam secara global pada tahun 2013.

para penerima anugerah merakam gambar kenangan bersama Yang di-Pertua Negeri

 Penerima anugerah merakam gambar kenangan bersama Yang di-Pertua Negeri

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Arees Universiti, selain turut memiliki Sijil Perbandingan Agama dari Akademik IPCI Afrika Selatan, Sijil Dakwah Discover Islam Bahrain dan Sijil Moderator dan Fasilitator Perbandingan Agama dari USM (Universiti Sains Malaysia) ini seharusnya layak menerima anugerah tersebut.

Turut berlangsung, Forum Perkongsian Hijrah oleh Datuk Badli Shah Alauddin dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dipimpin oleh Mohamad Nazri Rijal selaku moderator.

ER

Tinggalkan komen anda