Skip to main content
HomeTerengganu

SUKMA ke-19 Cetus Kebangaan Masyarakat Kemaman

By 24 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Uraidah Zetti Md Arifin

KEMAMAN, 23 Sep (MalaysiaAktif) – Terengganu istihar 30 September 2018 cuti peristiwa sempena kejayaan atlet Terengganu meraih kejohanan SUKMA ke-19 di Ipoh, Perak yang telah berlangsung pada 12 hingga 22 September 2018 yang lalu.

Kejayaan kontinjen Terengganu meraih 56 pingat Emas, 51 pingat Perak dan 53 pingat Gangsa telah melayakkan Terengganu mengungguli carta berbanding negeri – negeri lain.

Muhammad Zulfikrie,19, seorang penuntut dari Kemasik.

Muhammad Zulfikrie,19, seorang penuntut dari Kemasik.

Menurut Penolong Pustakawan Isdawanam Mamat, 36, dari Kijal beliau berasa amat bangga dan bersyukur atas kejayaan atlet Terengganu kerana mendapat tempat pertama di antara 14 buah negeri yang lain. Para atlet dilihat mampu menempuh segala cabaran dalam SUKMA ke -19 dan sebagai balasannya kerajaan telah mengumumkan cuti peristiwa pada 30 September nanti.

Bagi seorang guru, Fauziah Ismail, 43 dari Bukit Kuang, Kijal beliau melihat kesungguhan atlet Terengganu yang beraksi dengan begitu cemerlang di setiap acara sukan tanpa mengenal penat lelah demi mengharumkan nama negeri Terengganu di peringkat kebangsaan.

Isdawanam Mamat, 36, Penolong Pustakawan, Perpustakaan Kijal

Isdawanam Mamat, 36, Penolong Pustakawan, Perpustakaan Kijal

Manakala bagi seorang penuntut Muhammad Zulfikrie, 19 dari Kemasik berkata “saya dapat merasakan aura positif daripada atlet Terengganu dengan pencapaian yang baik ini. Sumbangan pingat emas banyak diperolehi dalam acara sukan berbasikal berbanding acara lain iaitu sebanyak 14 pingat emas terkumpul.”

“Saya turut berbangga dengan pencapaian atlet Terengganu, Azreen Nabila Alias yang telah menerima Anugerah Atlet Wanita Terbaik Olahragawati SUKMA Perak 2018,” tambahnya lagi.

SUKMA ke -19 telah menutup tirainya semalam di Stadium Perak dan negeri Johor pula bakal menyusul menjadi tuan rumah SUKMA ke -20 pada tahun 2020.

EM

Tinggalkan komen anda