Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Pembinaan Hospital Kempas Tidak Lama Lagi

By 30 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Othman & Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 21 September (Malaysiaaktif) – Pembinaan sebuah hospital baharu di kawasan Kempas mampu mengurangkan kebergantungan terhadap hospital sedia ada oleh penduduk yang semakin padat di dalam daerah Johor Bahru.

Menurut Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, sebuah perancangan untuk membina sebuah hospital berkapasiti 305 buah katil di Kempas telah diusulkan kepada Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian merasmikan Program Gotong-Royong PPR Kempas Permai dengan memulakan acara penanaman pokok.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian merasmikan Program Gotong-Royong PPR Kempas Permai dengan memulakan acara penanaman pokok.

“Di Kempas ini tiada masalah tanah (untuk mendirikan hospital) kerana Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai rizab tanah kosong seluas 90 hektar di kawasan ini dan telah pun membina sebuah Hospital Permai dan kuarters untuk kakitangannya.

Anggaran kos pembinaan hospital baharu di Kempas ini adalah sebanyak RM500 juta, sama dengan kos pembinaan Hospital Permai di sini. Selain itu, pembinaan Hospital Bandar Seri Alam di Pasir Gudang dengan kapasiti sebanyak 305 buah katil juga akan dibina,” jelasnya ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana PPR Kempas Permai dan Pelancaran Kempen Membayar Sewa Rumah PPR dan Rumah Sewa Kerajaan Johor, di sini, hari ini.

Datuk Osman Sapian meluangkan masa melawat sekitar blok peruamahan PPR Kempas Permai bagi melihat sendiri aduan penduduk di kawasan ini.

Datuk Osman Sapian meluangkan masa melawat sekitar blok peruamahan PPR Kempas Permai bagi melihat sendiri aduan penduduk di kawasan ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk A. Rahim Nin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Amran A. Rahman dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohamed Ridha Abdul Kadir.

Osman juga mengulas mengenai pelancaran Kempen Membayar Sewa Rumah PPR adalah untuk mengesan golongan penyewa PPR yang tidak membayar sewaan sejak dua tahun lepas.

Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan menggalakkan oleh penduduk-penduduk PPR Kempas Permai.

Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan menggalakkan oleh penduduk-penduduk PPR Kempas Permai.

“Sasaran kempen ini adalah untuk golongan penyewa yang mempunyai tunggakan sewaan agar masalah ini dapat diselesaikan dan seterusnya mengurangkan beban mereka,” katanya.

Pada masa sama, Program Gotong-Royong Perdana hari ini mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 1,000 orang penduduk telah hadir menjayakan pelbagai aktiviti yang diadakan seperti jualan murah, penanaman pokok, pembersihan kawasan, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.

AA / MRR

Tinggalkan komen anda