Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Semangat Sayangi Malaysiaku Dizahir Melalui Lukisan 

By 15 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto Oleh:Mohd Baharruddin Mohamad/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 15 Sep (Malaysiaaktif) –  Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang berlangsung di MYDIN Petra Jaya hari ini diserikan dengan aktiviti pertandingan mewarna yang telah berjaya menarik seramai 154 orang peserta berumur 5 tahun hinggan 9 tahun. 

Pertandingan mewarna tersebut dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori A bagi kanak-kanak yang berumor 5 hingga 6 tahun dari Tabika manakala kategori B pula untuk kanak-kanak berumor 7 hingga 9 tahun untuk sekolah rendah. Bagi Kategori A adik Jarrelu Chong dari St Joseph Kindergarden mendapat Johan, Cheh Jean Sean dari Pra SJK Chung Hua Lun tempat kedua manakala Nur Kaseh Ariana dari Tabika Kemas Sg Bedil Besar di tempat ketiga.

Satu Ghani (tiga dari kiri) dan Nor Azli (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama para pemenang

Satu Ghani (tiga dari kiri) dan Nor Azli (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama para pemenang

Bagi Kategori B pula Cheh Joe Hwin Johan, Nur Izzaafira Quan tempat kedua dan manada Rania tempat ketiga.Tujuh orang dari setiap kategori mendapat hadiah Sagu hati berbentuk goodies.

Setiap kategori bagi tempat pertama mendapat Baucer RM200 dan hamper serta sijil, tempat kedua Baucer RM100 dan hamper serta Sijil penyertaan dan tempat ketiga Baucer RM50 ,hamper dan sijil.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengurus Mall Mydin Sarawak,Suta Ghani dan Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Visual Dan Seni Reka, Putra Jaya,Nor Azli.

Adik Annur Azzalea Sofea binti Zahiddin,5 dari Smart Reader Rubber Road, Kuching berkata,ini adalah kali kedua ikut serta dalam pertandingan melukis bersama-sama kanak-kanak yang lain dan sangat suka mengikut pertandingan seperti ini.

Aishah Latip ibu kepada Adik Annur Azzalea Sofea berkata tujuan saya menghantar Sofea adalah untuk memberi pendedahan dan mencari pengelaman dalam pertandingan melukis.

Peserta cilik yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna

Peserta cilik yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna

Di samping itu untuk adalah untuk memberi keyakinan diri anak saya apabila mengambil apa-apa pertandingan sambil itu untuk mengiratkan silaturrahim bersama kanak-kanak dan ibu yang lain.

Walaupun anak saya tidak mendapat apa-apa hadiah namun saya sangat gembira kerana anak saya mahu ikut serta apa saja pertandingan yang saya arahkan demi untuk melatih  dan memberi semangat dirinya.

Menurut Nor Azzli tujuan menganjurkan aktiviti pertandingan mewarna ini adalah menyuburkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan anak-anak dan masyarakat yang bertemakan MyMerdeka Sayangi Malaysiaku agar kanak-kanak lebih mengetahui apa itu hari kemerdekaan agar kalangan mereka menyayangi negara dan semangat seperti perlu disemai dalam sanubari mereka sejak dari kanak-kanak lagi. 

Selain pertandingan mewarna pelbagai pengisian menarik  direncanakan sepanjang tiga hari acara berlangsung antaranya Pameran Sejarah Negara, Pameran Koleksi Logo Hari Kebangsaan, Sudut Karikatur, Persembahan PENTARAMA, Pertandingan Bintang Patriotik, Kuiz Kenegaraan, Sudut Tayangan Multimedia dan Video Kenegaraan, Layar Bestari dan Klinik Foto@JaPen.

ER

Tinggalkan komen anda