Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

‘MyMerdeka Sayangi Malaysiaku’ Kuching Meriah

By 15 September 2018Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan & Foto : Mohd Baharruddin Mohamad/Mahmud Sulaiman (Sarawak)

KUCHING, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Lebih 500 tetamu hadir merayaikan majlis perasmian ‘MyMerdeka Sayangi Malaysiaku’ sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018, bagi lokasi terakhir di MYDIN Petra Jaya,semalam. 

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah hadir mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bagi merasmikan program ini.

Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku pada tahun ini dilaksanakan di lima (5) lokasi iaitu MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi pertama pada 3 hingga 5 Ogos 2018 sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 manakala lokasi kedua telah diadakan di MYDIN USJ, Subang Jaya pada 16 hingga 19 Ogos 2018 yang lalu.  Lokasi ketiga di MYDIN Meru Raya, Ipoh pada 30 Ogos hingga 1 September 2018, manakala lokasi keempat adalah di MYDIN Mutiara Rini, Skudai, Johor pada 6 hingga 8 September 2018 dan yang terakhir diadakan disini. 

RASMI- Abdul Karim ditemani Mohd Sukari (dua dari kanan) menyempurnakan simbolik perasmian program 'MyMerdeka Sayangi Malaysiaku' di Mydin Petra Jaya

RASMI- Abdul Karim ditemani Mohd Sukari (dua dari kanan) menyempurnakan simbolik perasmian program ‘MyMerdeka Sayangi Malaysiaku’ di Mydin Petra Jaya

“Saya menyambut baik usaha seperti ini kerana dalam meningkatkan penglibatan rakyat secara langgsung di dalam program cintakan negara terutama generasi muda terhadap sambutan bulan kebangsaan. 

Usaha seperti ini, perlu digerakkan dari semasa ke semasa. Anggota masyarakat perlu diberi suntikan kesedaran yang berterusan tentang erti sebuah kemerdekaan dan yang paling penting dari aspek menjiwai makna kemerdekaan’ujarnya. 

Beliau menegaskan ketepikan ketidakfahaman dan perbezaan politik demi bersama-sama meraikan sambutan Hari Malaysia.

Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerusi teks ucapannya yang dibaca Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU 14)  perpaduan antara kaum dilihat sedikit merundum kerana kesan kempen-kempen PRU yang berasaskan kaum oleh parti-parti politik. 

“Justeru itu, seharusnya sebarang ketidak persefahaman ini harus dilupakan bagi meneruskan perpaduan yang telah terikat jalin sekian lama dan sebagai warganegara yang mempunyai wawasan semua warganegara harus membuktikan manifestasi kasih sayangnya kepada negara dengan pelbagai cara termasuklah mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh perasaan bangga,”ujarnya 

KENANGAN- Mohd Sukari menyampaikan gambar kenang-kenangan kepada Abdul Karim

KENANGAN- Mohd Sukari menyampaikan gambar kenang-kenangan kepada Abdul Karim

“sifat kasih serta sayang kepada tanah air itu bukan setakat hanya mengibarkan Jalur Gemilang, ia tidak mencukupi dengan hanya meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan dengan parakan yang gah dan sekadar riuh rendah serta sorak gembira laungan kemerdekaan.

Hakikatnya rasa merdeka dan kasih serta sayang kepada negara itu harus berakar teguh di dalam fikiran dan sanubari kita dengan kegigihan dan rasa kepunyaan yang mendalam pada tanah air.

Usaha-usaha ini sangat penting dilaksanakan dengan melibatkan masyarakat umum bagi menggelorakan semangat patriotism, cinta negara, semangat perpaduan dan seterusnya memperkukuhkan jati diri setiap warganegara. 

Oleh itu saya merasakan program seperti MyMerdeka ini dapat menjadi platform untuk rakyat berkumpul, bertemu dan berkomunikasi disamping mendapatkan maklumat berkaitan kenegaraan serta lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat. 

Dengan maklumat yang disajikan ini bukan sahaja menarik malah berguna dalam meningkatkan kefahaman kita dalam menghayati erti sebuah kemerdekaan. 

Oleh itu, saya menyeru kepada semua masyarakat yang hadir pada hari ini sentiasa mengambil peluang menimba ilmu yang disediakan sepanjang program 3 hari ini. 

Saya juga berharap lebih banyak pameran seperti ini dapat diadakan dengan melibatkan kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak berkaitan. 

Hadir sama dalam majlis pelancaran ini Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato’  Mohd Sukari Ab Hamid mewakili Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman dan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim,Pengarah Eksekutif Mydin ,Datuk Murad Ali Mydin, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sarawak Datuk Mansor Man dan tetamu kehormat lain. 

ER

Tinggalkan komen anda