Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Elemen Patriotik Sambut Hari Sukan Negara

By 14 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abd. Aziz Osman/Mohd. Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Minat bersukan dikalangan rakyat di negara ini didapati kian menunjukkan trend peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Minat remaja dan golongan berumur terutama golongan Tiong Hua boleh dilihat aktif bersukan setiap hari di ‘venue-venue’ sukan awam mahupun berbayar.  Antara aktiviti sukan yang tidak asing dari dulu dan kian menjadi fenomena ialah acara Fun Run dan Fun Ride. 

Menyedari hakikat itu Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah telah mengambil inisiatif bersempena Hari Sukan Negara yang disambut serentak diseluruh negara semalam dengan kerjasama  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah bagi menganjurkan program secara bersepadu dengan menerapkan semangat patriotik selari tema Hari Sukan Negara Sayangi Malaysiaku, disini semalam.

1B034648-3E3B-4061-943E-472D04D531C7

Jabatan Penerangan menganjur acara Fun Run telah menyelitkan elemen Semangat Patriotik dengan menawarkan hadiah istimewa kepada pemenang yang menggayakan pakaian bermotif kemerdekaan terbaik dalam acara ini selain pingat kepada 100 peserta terawal tiba di garisan penamat.  

Azizan Awang, salah seorang peserta menyatakan beliau sangat teruja menyertai acara Fun Run tersebut.  Beliau yang tinggal di Bukit Mertajam merupakan antara 10 pemenang  kategori kostum terbaik. Ini merupakan platform bagi beliau menzahirkan semangat cinta kepada negara.  Antara aktiviti menarik lain adalah menurunkan tandatangan pada kain kanvas Sayangi Malaysiaku.

706034C5-2FA6-4D54-B37B-DB4C6910555F

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat daerah Seberang Perai Tengah diadakan di Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP,  Bukit Mertajam. Antara acara yang diadakan adalah Sayangi Malaysiaku Fun Run@HSN2018, Megarobik dan pelbagai  acara antaranya sukaneka kanak-kanak dari tabika Kemas, Tabika Perpaduan dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).   Program tersebut turut dimeriahkan dengan demonstrasi pertunjukan Seni Silat Cekak dan pertunjukan Auto Show. 

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Steven Sim. Steven dalam ucapannya berkata, beliau berharap prasarana sukan awam termasuk Stadium dan Mini Stadium sentiasa dalam keadaan baik.  Orang ramai bolehlah mengemukakan laporan sekiranya prasarana tersebut rosak atau telah uzur supaya ianya boleh diperbaiki atau digantikan baru.

Manakala, Lizza Imelia M. Sulanah selaku Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah yang ditemui pula berkata, Jabatan Penerangan terus komited menjalankan kempen semangat patriotik kepada seluruh ahli masyarakat di daerah ini bagi memastikan semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia terus meningkat.  Menurut Lizza, beliau kini dalam rangka mengatur beberapa lagi siri program kempen Semangat Patriotik di peringkat sekolah dan di peringkat komuniti sehingga ke penghujung tahun ini, katanya lagi”.

-ER

Tinggalkan komen anda