Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Berbakti Tanpa Mengira Latarbelakang, Kaum dan Benua

By 14 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

PUTATAN, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Terdapat tujuh prinsip asas Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang menjadi pegangan dan sebab rakyat di seluruh dunia tertarik untuk menyertai pergerakan ini.

Husaini(Kiri) ketika gimik perasmian

Husaini(Kiri) ketika gimik perasmian

Menurut Ahli Parlimen P.173 Putatan, Awang Husaini Datuk Sahari antara tujuh prinsip tersebut, ada dua yang menarik perhatiannya iaitu mengenai Kemanusiaan dan Kesejagatan.

“Saya tertarik dengan prinsip Kemanusiaan dimana kita perlu berbakti kepada manusia tanpa mengira latarbelakang, kaum dan juga antara benua.

Para penderma perlu mendaftar sebelum disahkan layak untuk menderma.

Para penderma perlu mendaftar sebelum disahkan layak untuk menderma.

“Contohnya ada dua orang daripada BSMM Putatan yang terpilih untuk Misi Bantuan ke Sulawesi bagi membantu mangsa bencana alam dan kita lihat perkhidmatan ini telah melangkaui sempadan.

“Manakala kesejagatan pula terlalu luas yang membentuk persamaan antara umat manusia, jadi apabila dua prinsip ini dapat memupuk nilai-nilai murni dan bakti kepada seluruh manusia tanpa mengira batasan,” jelasnya selepas merasmikan Kempen Derma Darah Serentak Seluruh Negara Peringkat Daerah Putatan di One Place Mall pada Sabtu.

Takahari Enterprise antara penaja yang menerima sijil penghargaan.

Takahari Enterprise antara penaja yang menerima sijil penghargaan.

Kempen tersebut merupakan kerjasama antara BSMM Putatan dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) serta Pusat Membeli-belah One Place Mall.

Antara penaja yang turut menyumbang ialah Hotel Pan Borneo, Sazarice, Takahari Enterprise, Restoran Nandos dan Minuman Aquila.

Husaini berharap program sebegini bukan sahaja diadakan setiap tahun tetapi lebih kerap lagi diadakan.

Suasana ketika kempen berjalan

Suasana ketika kempen berjalan

“Program menderma darah ini ialah program menyelamatkan nyawa manusia, setiap hari pasti ada orang yang memerlukan darah, jadi dengan program hari ini mungkin kita sudah dapat menyelamatkan berpuluh nyawa manusia.

“Melalui program ini juga kita dapat menyatukan pelbagai sektor bukan sahaja Badan Bukan Kerajaan (NGO) ataupun Parlimen seperti saya, tetapi juga sektor badan korporat seperti One Place Mall,”ujarnya.

Rozhan(tiga dari kiri) bersama keluarga ketika ingin menderma darah

Rozhan(tiga dari kiri) bersama keluarga ketika ingin menderma darah

Dalam pada itu, sepasang suami isteri yang turut menderma darah, Rozhan Alimat,43 dan Norhayati Mat Yaman,42 bersyukur dengan kekerapan menderma darah, mereka merasa lebih sihat dan bertenaga.

“Peranan BSMM sangat baik dan perlu diteruskan, tetapi bagi pendapat saya semua pertubuhan, jabatan kerajaan dan swasta perlu mengadakan program seperti ini bagi membantu Tabung Darah Sabah.

Husaini menyerahkan sijil penghargaan kepada penderma darah ditwmani oleh Adnan(dua dari kanan)

Husaini menyerahkan sijil penghargaan kepada penderma darah ditwmani oleh Adnan(dua dari kanan)

“Cuma apa yang saya lihat, kesedaran pentingnya menderma darah masih kurang dikalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

“Semua pihak perlu memainkan peranan tanpa mengira fahaman politik dan perbezaan agama,”katanya.

Kempen Derma Darah yang berlangsung selama satu hari itu berjaya melebihi sasaran seramai 50 orang penderma.

Husaini ketika beramah mesra dengan para penderma.

Husaini ketika beramah mesra dengan para penderma.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Derma Darah, Adnan Ibrahim; Pengerusi BSMM Putatan, Nanih Abah dan Pengurus Eksekutif One Place Mall, Howard FC Ho.

-FB

Tinggalkan komen anda