Skip to main content
HomeTerengganu

Sukan Negara Mampu Memperatkan Silaturahim

By 13 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 Laporan/foto : Zamri Abd. Razak/Tg. Saipulah Tg. Mohd

TERENGGANU, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2018 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 10,000 ribu peserta membanjiri Dataran Batu Burok hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A. Rahman Yahya; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.


Ahmad Samsuri tiba bersama barisan dif-dif kehormat

Ahmad Samsuri tiba bersama barisan dif-dif kehormat

Antara pengisian program ini adalah acara fun ride 30 kilometer, fun run 5 kilometer, fun walk 3 kilometer, senamrobik perdana, sukan tradisional dan pertandingan bola sepak.

Ahmad Samsuri dalam ucapannya menyeru rakyat bersama-sama mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat dan aktif bersukan bagi mengekalkan kecergasan tubuh badan.

Acara Fun Walk turut disertai oleh Orang Kurang Upaya (OKU)

Acara Fun Walk turut disertai oleh Orang Kurang Upaya (OKU)

Menurutnya lagi Hari Sukan Negara ini mampu memupuk semangat kesukanan yang tinggi di kalangan masyarakat di samping meningkatkan kecergasan melalui amalan gaya hidup sihat.

Bagi peserta Muhammad Amrullah Ismail, kehadirannya bersama rakan-rakan adalah untuk menyertai aktiviti Fun Walk tiga kilometer.

Muhammad Amrullah Ismail, Muhammad Amrullah Ismail (tengah) hadir bersama rakan-rakan menyertai aktiviti Fun Walk tiga kilometer

Muhammad Amrullah Ismail (tengah) hadir bersama rakan-rakan menyertai aktiviti Fun Walk tiga kilometer

Menurutnya program ini banyak membantunya mengekalkan kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental.

“Kepelbagaian aktiviti yang berlangsung berjaya menarik minatnya untuk turut serta pada program hari ini.” katanya.

EM

Tinggalkan komen anda