Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Nasi Ulam Rahsia Kecantikan dan Kesihatan Dalaman

By 1 November 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Nasi Ulam amat sinonim dengan masyarakat Kedah terutamanya masyarakat luar bandar. Namun kini, masyarakat bandar juga menggemari nasi ulam ini.

Disebabkan beberapa faktor tertentu seperti bahan-bahan ramuan yang mudah diperolehi dan rasanya yang cukup enak serta mempunyai khasiat untuk kesihatan malahan untuk kesihatan dalaman wanita.

Antara rencah-rencah yang digunakan dalam pembuatan nasi ulam.

Antara rencah-rencah yang digunakan dalam pembuatan nasi ulam.

Bahan utama dalam pembuatan nasi ulam ini sudah tentu ulam-ulaman seperti daun pegaga, daun gajus, daun mengkudu, daun kaduk, daun cemumar, daun kesom dan lain-lain ulaman yang bersifat herba sesuai digunakan dalam pembuatannya.

Selain itu, bahan-bahan seperti kerisik, lengkuas, lada hitam, lada putih, bawang merah dan bunga kantan merupakan bahan sampingan untuk melengkapkan juadah ini. Bagi mereka yang menggemari rasa pedas, cili padi merupakan bahan tambahan yang sesuai untuk penggemar rasa pedas. Penggunaan minyak masak atau minyak sapi adalah dilarang sama sekali untuk membuat nasi ulam.

Salah seorang pengusaha yang menjalankan perniagaan bahan-bahan nasi ulam ini ialah Rosmawati Mat Aji, 49, yang mewarisi perniagaan ini daripada arwah ibunya.

Setiap kali beroperasi beliau mampu menjual sebanyak 100 pek bahan nasi ulam dan 100 bungkus nasi ulam yang siap digaul kepada peminat nasi ulam.

Beliau juga memaklumkan bahawa generasi muda kini ramai yang tidak tahu proses pembuatan nasi ulam ini. Namun begitu, permintaan nasi ulam amat tinggi diburu oleh penggemar nasi ulam pada setiap kali bulan Ramadan.

-SH

Tinggalkan komen anda