Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaSelangor

Penutupan Sementara Jambatan Sungai Kerling 22 Disember Ini

By 20 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim akan ditutup kepada semua kenderaan pada 22 Disember 2018 (Sabtu) bermula pukul 5.00 pagi sehingga 23 Disember 2018 (Ahad) pukul 10.00 malam bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja pembinaan jambatan dan pemasangan rasuk jambatan di Sg. Kerling, Daerah Hulu Selangor, Selangor.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jambatan Sg. Kerling, akan ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

“Papan-papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak untuk panduan pengguna dan pengawal bendera juga akan sentiasa berada di tapak untuk mengawal trafik.

“Pengguna jalan raya diminta menggunakan dua laluan alternatif dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur dan sebaliknya, iaitu melalui Laluan Persekutuan FT001 – Plaza Tol Tg Malim – Lebuhraya Utara Selatan – Plaza tol Bukit Beruntung – Jalan Rasa Bukit Beruntung – Laluan Persekutuan FT001 dan Jalan Persekutuan FT001 – Jalan Kuala Kerling – Plaza tol Lembah Beringin – Lebuhraya Utara Selatan – Plaza tol Bukit Beruntung – Jalan Rasa Bukit Beruntung – Laluan Persekutuan FT001,” jelas kenyataan tersebut.

JKR berharap agar semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan.

-SH

Tinggalkan komen anda