Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Usaha Murni Pak Su Norman Lahirkan Generasi Berilmu

By 20 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: M.Syafiq M. Razi/M.Syafiq Saad (Padang Terap)

KUALA NERANG, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Hasrat murni seorang ahli perniagaan untuk memajukan anak bangsanya di Kampung Padang Nyior, di sini disanjung tinggi apabila beliau menyediakan kelas tambahan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah (tahun empat hingga enam) setiap kali musim cuti sekolah bertandang.

Program ini telah lama dilaksanakan iaitu sejak tahun 2016 dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk setempat.

Pak Su Norman tidak kisah berhabis wang untuk melihat anak bangsanya berjaya.

Pak Su Norman tidak kisah berhabis wang untuk melihat anak bangsanya berjaya.

Menurut Norman Hassan Ludin yang mesra dengan panggilan Pak Su Norman, beliau sanggup membelanjakan wang sendiri sebanyak RM1,700 untuk membayar gaji tenaga pengajar serta membeli peralatan belajar untuk pelajar.

“Saya ikhlas melakukan kerja amal ini kerana didorong semangat ingin membantu anak bangsa di samping untuk menambah saham akhirat,” ujarnya yang ditemui pemberita di sini semalam.

Tambahnya lagi, pelajar kelas tambahan ini kebanyakan adalah anak-anak daripada keluarga golongan B40 yang berpendapatan rendah.

Seorang waris yang ditemui, Mazlan Youp Sani, 38, melahirkan rasa syukur dengan usaha murni Pak Su Norman untuk membantu pelajar-pelajar di sini dengan menyediakan kelas tambahan percuma.

“Usaha Pak Su tetap akan dikenang selamanya dan hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik Pak Su,” ujarnya.

Kelas tambahan yang dibantu tenaga pengajar, Siti Fairus Zianon Abidin mempunyai seramai 43 orang pelajar yang sentiasa hadir ke kelas untuk menimba ilmu pengetahuan dan memanfaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya.

-SH

Tinggalkan komen anda