Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

860 Peserta Sertai PDRM Exploride Langkawi 2019

By 19 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Farhana Azlin Lajis/Khairul Shahrizal Ismail (Langkawi)

LANGKAWI, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 860 orang peserta menyertai PDRM Exploride Langkawi 2019 yang julung kali diadakan di sini anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi dan mendapat sambutan hangat penduduk tempatan dan juga peserta luar yang meminati acara kayuhan basikal.

Program kayuhan basikal ini merupakan kali pertama diadakan dan penyertaan untuk peserta kayuhan terbuka kepada semua dari bulan Disember 2018 lagi.

Mukhriz (tengah) turut menyertai acara ini.

Mukhriz (tengah) turut menyertai acara ini.

Peserta program, Siti Aida Ayub, 39, meluahkan rasa gembira kerana dapat menghabiskan kayuhan sejauh 35km walaupun dalam keadaan tidak sihat.

“Elok saja sampai di kawasan penamat kaki pula kejang tapi syukur kerana dapat habiskan perlumbaan sampai garisan penamat,” ujarnya.

Menurut seorang peserta yang menyahut cabaran 55km, Abdul Rahman Osman, 47, berkata beliau sememangnya meminati acara berbasikal dan akan menyertai setiap acara sekiranya berkesempatan tidak kira di dalam daerah Langkawi mahupun di luar.

“Seronok kayuh basikal, nak pula ramai-ramai macam ni. Selain dapat rakan-rakan baharu dapat juga keluarkan peluh dan menyihatkan badan,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, urusetia program Insp. Mohd Helmi Zakaria berhasrat menjadikan acara ini sebagai acara tahunan agensi.

Kaunter menderma darah turut dibuka dan peserta mengambil kesempatan untuk menderma.

Kaunter menderma darah turut dibuka dan peserta mengambil kesempatan untuk menderma.

“Pihak kami ada merancang untuk mengadakan acara ini setiap tahun dan berharap agar acara ini dapat dimasukkan dalam takwim aktiviti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA),” jelasnya.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir seawal 7.30 pagi di hadapan IPD Langkawi. Setelah melepaskan peserta kayuhan, Mukhriz turut serta mengayuh basikal bersama-sama peserta yang lain.

Turut hadir Ketua Polis Kedah CP Datuk Rahim Jaafar, Ketua Polis Daerah Langkawi Supt. Mohd Iqbal Ibrahim serta Pegawai Daerah Langkawi Muhamad Arof Darus.

-SH

Tinggalkan komen anda