Skip to main content
HomeSabah

Memperingati Mangsa-mangsa Perang Petagas kali Ke-70

By 22 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/ foto: Norliza Yusof/ Volontine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Upacara Memperingati Mangsa-mangsa Perang Petagas kali Ke-70 diadakan di Tugu Peringatan Petagas, pagi tadi.

Upacara dimulakan dengan tiupan “Last Post” sebelum diikuti dengan upacara bertafakur selama 20 saat bagi mengenang mereka yang terkorban.

Christina (tengah) semasa menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan.

Christina (tengah) semasa menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew yang mewakili Ketua Menteri Sabah mendahului istiadat meletakkan karangan bunga sebelum diikuti oleh pemimpin lain.

Upacara tahunan yang pertama kalinya telah diadakan pada 21 Januari 1948 ini adalah bagi mengenang jasa bakti dan keberanian mereka yang telah terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negeri dari penjajahan Jepun.

PENGHORMATAN... antara pemimpin yang turut hadir dalam upacara memperingati mangsa perang di Tugu Peringatan Petagas.

PENGHORMATAN… antara pemimpin yang turut hadir dalam upacara memperingati mangsa perang di Tugu Peringatan Petagas.

Sejumlah 18 kontinjen terlibat dalam ucapara kali ini antaranya Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sabah.

Turut hadir memberi penghormatan, Konsulat Republik Indonesia, Krishna Djelani; Konsul Agung Negara Brunei Darussalam, Pengiran Nooriyah Pengiran Lela Wijaya Pengiran Yussof; Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide; Pegawai Daerah Penampang, Robert Stidi dan Pegawai Daerah Putatan, Hassan Mahali.

EM

Tinggalkan komen anda