Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Penduduk Terengganu Terjejas Akibat Ribut Tropika Pabuk Akan Diberi Bantuan

By 4 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

KUALA TERENGGANU, 4 Jan (Malaysiaaktif) РKerajaan Terengganu akan memberikan bantuan khas kepada  kepada penduduk yang rumah mereka  rosak kerana fenomena angin kencang berikutan ribut tropika Pabuk yang berlaku ketika ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A Rahman berkata setakat ini tiada jumlah ditetapkan bagi pemberian itu kerana ia  akan diagihkan kepada mangsa bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami mereka.

‚ÄúSepanjang tempoh amaran cuaca buruk ini berlaku juga, penduduk diharap sentiasa mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa,‚ÄĚ katanya dalam sidang media di sini¬†hari ini.

Angin kencang yang melanda Terengganu hari ini menyebabkan beberapa pokok di jalan utama Kuala Ibai-Kuala Terengganu dan sekitar pusat bandar tumbang sehingga merosakkan beberapa kenderaan yang berada di kawasan lot parkir.

Beberapa rumah di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot turut mengalami kerosakan apabila atap rumah diterbangkan angin kencang dalam kejadian malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di mana keadaan angin kencang ini boleh turut berisiko mengakibatkan kerosakan kepada struktur binaan tidak kukuh serta menumbangkan pokok.

Ribut tropika Pabuk yang bergerak ke arah barat merentasi kawasan pantai Terengganu dan Kelantan itu menyebabkan angin kencang melebihi 40 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan pengurangan jumlah bantuan banjir kepada RM300 daripada RM500 disebabkan faktor kewangan negeri yang terhad.

Katanya,  ketika ini, jumlah penduduk terjejas banjir sedang dikemaskini oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah untuk penyelarasan bantuan.

“Bantuan khas ini akan diagihkan kepada mangsa sebaik sahaja musim tengkujuh berakhir. Bagaimanapun, bagi kerosakan rumah yang terlalu teruk, kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan lain bernilai RM5,000 hingga RM10,000 untuk kos baikpulih bergantung kepada tahap kerosakan rumah tersebut.

‚ÄúMangsa banjir kilat di pusat bandar baru-baru ini juga layak menerima bantuan RM300 tersebut,‚ÄĚ katanya. -BERNAMA

Tinggalkan komen anda