Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Program Penerangan Orang Asli ( Fly with me )

By 25 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto : Erzufariza A/ P Zulkifly (Kelantan)

GUA MUSANG 25 Jan (Malaysiaaktif) – Program Fly With Me yang berlansung selama dua hari pada 23 dan 24 Januari 2019 telah berjaya membawa keluar pelajar Orang Asli di dearah Gua Musang seramai 67 orang pelajar.

Program Fly With Me yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) ini telah dilaksanakan sejak empat tahun yang lalu. Antara Objektif program ini adalah untuk membawa pelajar yang tidak bersekolah untuk mendaftar di sekolah yang telah ditempatkan dengan bantuan daripada Jabatan Pendidikan Negeri kelantan (JPN ) & Unit Udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Pelajar tiba di Padang Sivik

Pelajar tiba di Padang Sivik

 

Pengarah Jakoa Terengganu & kelantan, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, Program pada tahun ini berlainan dengan tahun sebelumnya  kerana  lebih banyak agensi & jabatan yang terlibat antaranya Majlis Daerah Gua Musang, Jabatan Kesihatan Bergerak Orang Asli Gua Musang, Jabatan Sukarelawan Dearah Gua Musang dan Jabatan Penerangan Daerah Gua Musang.

Penyerahan barangan keperluan asrama kepada pelajar Orang Asli daripada Pegarah JAKOA Terengganu & Kelantan, Hashim Bin Alang abdul Hamid

Penyerahan barangan keperluan asrama kepada pelajar Orang Asli daripada Pegarah JAKOA Terengganu & Kelantan, Hashim Bin Alang abdul Hamid

Tambah beliau, program ini  bukan sahaja mengambil pelajar, malah  turut mengambil pesakit yang telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Kesihatan Daerah Gua Musang. Beliau turut bersyukur kerana sepanjang program berlangsung cuaca sangat baik dan ianya membantu memudahkan urusan pengambilan pelajar daripada kawasan pedalaman untuk dibawa keluar.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Abdullah Mat berkata beliau sangat berterima kasih kepada semua jabatan yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan dan secara tidak lansung dapat mengurangkan peratusan keciciran pelajar orang asli di sini. Pelajar ini juga telah ditempatkan di lima buah sekolah iaitu SMK Tengku Indera Petra 1 dan 2, SMK Seri Wangi, SMK Bandar Chiku dan Sk Kuala Betis.

-NAZ

Tinggalkan komen anda