Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerak

Kampung Kinjang Jayakan Program “Jom Kitar Semula”

By 19 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Ashman Ahmad (Tapah)

CHENDERIANG, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Kampung Kinjang terpilih menjadi kampung pertama di negeri ini menjayakan program “Jom Kitar Semula”.

Program anjuran Berjaya Corporation Berhad ini dijalankan dalam tempoh setahun bagi memupuk kesedaran penduduk kampung mengenai kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Abu Bakar Haji Said berkata isu pembuangan sampah yang tidak teratur di kawasan kampung ini diharap akan dapat diatasi sepenuhnya melalui kerjasama yang terjalin.

“Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses, dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap.

“Kitar semula juga mengubah sisa menjadi sumber bernilai, mengurangkan penggunaan bahan semula jadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial kepada penduduk,” katanya semasa merasmikan program, di sini kelmarin.

Sementara itu, Imam Masjid Kampung Kinjang Mohd Yusof Karim, berkata program ini seharusnya menjadi contoh kepada kampung lain agar sama-sama menjaga kebersihan kampung masing-masing.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana memilih kampung ini sebagai tuan rumah untuk program ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Kampung Kinjang diangkat sebagai lokasi perintis Program Desa Harapan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berjaya menarik beberapa syarikat swasta untuk menjadi rakan strategik membangunkan kampung dalam bentuk pelancongan, pendidikan, ekonomi, sukan dan sosiobudaya.

-SH

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda