Skip to main content
HomeLabuan

Kempen Tanam Pokok Selaras Hala Tuju KWP

By 16 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Md khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Program Kempen Tanam Pokok selaras dengan hala tuju Kementerian Wilayah Persekutuan dalam memastikan enam Teras Utama yang akan diusahakan untuk warga Wilayah Persekutuan dipenuhi.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, enam Teras itu adalah Wilayah Bersih, Keselamatan Awam, Pengangkutan Awam Efisien, Sosio Ekonomi Mampan, Pesekitaran Hijau dan Komuniti Inklusif.

“Melalui Teras Persekitaran Hijau di bawah enam Teras Utama tersebut, Kementerian akan memastikan perancangan pembangunan dan gaya hidup yang mesra alam dilaksanakan untuk maafaat seluruh warga Wilayah Persekutuan,” katanya.

Khalid meninjau sendiri keadaan Pantai Kampung Sungai Miri

Khalid meninjau sendiri keadaan Pantai Kampung Sungai Miri

“Di Wilayah Persekutuan Labuan ini sendiri, Jabatan Landskap Negara telah dan sedang merancang serta melaksanakan pembangunan landskap untuk dimanfaatkan oleh rakyat antaranya pembangunan landskap yang telah dilaksanakan adalah pembinaan Taman Awam Tanjung Purun, Taman Botani Labuan, Pemeliharaan Paya Bakau Kinabenuwa, dan penyediaan Pelan Induk Landskap Wilayah Persekutuan Labuan,” tambahnya.

Beliau mengalu-alukan semua pihak untuk memainkan peranan yang positif, berusaha gigih dan mengambil langkah yang sewajarnya demi memastikan keindahan landskap serta kebersihan persekitaran terpelihara.

Khalid berharap program Kempen Tanam Pokok berjaya mencapai matlamatnya selain meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menghargai landskap, seterusnya diwarisi dan diamalkan oleh generasi akan datang.

Pada majlis itu, beliau bersama-sama komuniti Kampung Sungai Miri bergotong-royong menanam 150 benih pokok yang disumbangkan oleh Jabatan Landskap Negara di tepi pantai Kampung Sungai Miri.

Rozman turut sama menyiram benih pokok yang baru ditanam

Rozman turut sama menyiram benih pokok yang baru ditanam

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Saripuddin Kasim, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Sri Amir Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Azhar Ahmad.

EM

Tinggalkan komen anda