Skip to main content
HomeTerengganu

Kerajaan Kaji Penggunaan Bahan Turapan Diinovasi

By 16 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim/Uraidah Zety Arifin

KEMAMAN, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan membuat keputusan muktamad tentang penggunaan bahan turapan jalan raya (Asphalt) setelah kajian mengenainya siap Oktober tahun hadapan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata “teknologi turapan jalan raya bakal mengalami anjakan inovasi setelah beberapa kajian, pencarian bahan serta kaedah pembaikan bersesuaian terus dilakukan untuk meningkatkan daya ketahanan jalan dan seterusnya memanjangkan tempoh hayatnya.”

Asphalt yang dicampurkan dengan sisa plastik dan getah asli latek merupakan kajian terbaharu yang dilakukan kementeriannya. Makmal Penyelidikan Jalan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) bertangunggjawab melakukan kajian tersebut.

Baru Bian (dua kiri) melawat tapak kajian jalan di Jalan Persekutuan FT3 di Chukai, Kemaman.

Baru Bian (dua kiri) melawat tapak kajian jalan di Jalan Persekutuan FT3 di Chukai, Kemaman.

Terdapat dua lokasi dipilih sebagai tapak kajian iaitu Jalan Persekutuan FT3 di Chukai, Kemaman dan FT 98 di Kerdau, Pahang.

“Walaupun Kos penggunaan kedua-dua bahan lebih tinggi berbanding biasa namun ia lebih tahan lama dan bagus untuk jangka masa yang panjang seterusnya menjadikan kosnya untuk jangka panjang sebenarnya adalah murah,” katanya.

Kementerian Kerja Raya masih belum boleh membuat sebarang keputusan kerana perlu menunggu hasil kajian selepas dua tahun pemantauan di tapak tersebut ulasnya semasa sidang media selepas mengadakan lawatan tapak kajian bahan turapan inovasi itu di Jalan Persekutuan FT3 di Chukai, Kemaman semalam.

EM

Tinggalkan komen anda