Skip to main content
HomeJohor

Konsisten Bayar Sewa PPR, Mudah Lulus Pinjaman

By 16 Februari 2019Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/Foto: Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap melalui inisiatif Projek Perumahan Rakyat (PPR), golongan B40 dapat dilatih untuk mempunyai perancangan kewangan yang kukuh dan sentiasa komited membuat pembayaran sewa bulanan.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, penyewa PPR yang mempunyai rekod pembayaran sewa bulanan yang baik akan diambil kira apabila ingin membuat pinjaman perumahan bersama pihak bank untuk pembelian rumah kediaman sendiri.

PPR Uda Utama, Skudai ini merangkumi pembinaan 500 buah unit rumah kediaman pangsapuri berbilangan tingkat dengan pelbagai jenis kemudahan.

PPR Uda Utama, Skudai ini merangkumi pembinaan 500 buah unit rumah kediaman pangsapuri berbilangan tingkat dengan pelbagai jenis kemudahan.

“Semalam saya membuat perjumpaan bersama pihak bank dan Bank Negara, sekiranya mereka yang duduk di rumah PPR ini dan mempunyai rekod bayar hutang (sewa) yang baik sepanjang tiga atau empat tahun, boleh digunakan sebagai bukti kelayakan untuk mendapat kelulusan pinjaman perumahan dengan pihak bank,” ujarnya semasa berucap di Majlis Penyerahan PPR Uda Utama, di sini, semalam.

Zuraida menambah, beliau memahami sebilangan besar yang mendiami rumah PPR ini terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri atau peniaga-peniaga kecil yang tidak mempunyai slip gaji.

“Saya juga ingin menekankan mengenai kepentingan pengurusan rumah seperti pembayaran yuran penyelengaraan yang akan digunakan untuk membaiki kemudahan yang terdapat di PPR selain menghindari budaya vandalisme, menjaga kebersihan persekitaran dan keselamatan penduduk,” tambahnya lagi.

Zuraida berharap, penyewa yang terdiri daripada golongan B40 dapat dilatih untuk mempunyai perancangan kewangan yang kukuh dan sentiasa komited membuat pembayaran sewa bulanan.

Zuraida berharap, penyewa yang terdiri daripada golongan B40 dapat dilatih untuk mempunyai perancangan kewangan yang kukuh dan sentiasa komited membuat pembayaran sewa bulanan.

Bagi menggalakkan penyewa PPR Uda Utama membuat pembayaran sewaan mengikut jadual yang ditetapkan, pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa kerajaan negeri bercadang memperkenalkan beberapa kaedah bagi memastikan penyewa terus komited membuat pembayaran .

“Sekiranya mereka membuat pembayaran sewa secara konsisten dari bulan Januari sehingga November, penyewa mungkin akan diberikan insentif dengan tidak perlu membuat pembayaran bagi bulan Disember,” ujar beliau.

Dzulkefly menjelaskan lagi, bayaran sewa bulanan yang dilakukan oleh penyewa ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan kerja-kerja penyelenggaraan seperti membaiki lif yang rosak.

Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Majlis Penyerahan PPR Uda Utama di antara Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kerajaan Negeri Johor.

Penyewa PPR yang mempunyai rekod bayar hutang (sewa) yang baik sepanjang tiga atau empat tahun, boleh digunakan sebagai bukti kelayakan untuk mendapat kelulusan pinjaman perumahan dengan pihak bank. – Zuraida Kamaruddin

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Perling, Cheo Yee How dan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor, Khairuddin Md Nasir.

PPR Uda Utama, Skudai ini merangkumi pembinaan 500 buah unit rumah kediaman pangsapuri berbilangan tingkat dengan pelbagai jenis kemudahan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah empat unit gerai, empat unit kedai, sebuah dewan komuniti, sebuah surau, sebuah taman permainan kanak-kanak, sebuah taska, dua buah gelanggang sukan dan 600 unit petak letak kereta.

EM

Tinggalkan komen anda