Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Pesta Chap Goh Meh Dirai Bersama

By 21 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: M.Syafiq Saad/ M.Syafiq Razi (Padang Terap)

KUALA NERANG, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang warga pekan Kuala Nerang diraikan dalam sambutan Pesta Chap Goh Meh yang dianjurkan oleh Komuniti Cina Kuala Nerang, di Dataran Putra, di sini Selasa lalu.

Pesta Chap Goh Meh disambut pada hari ke-15 selepas Tahun Baharu Cina, dan menurut kepercayaan kaum Cina pesta ini merupakan pesta mencari pasangan hidup kepada yang belum berkahwin.

Kemeriahan Pesta Chap Goh Mei di sini diserikan dengan kehadiran Exco Kerjaraya, Bekalan Air, Sumber Manusia dan Tenaga, Ir Zamri Yusuf yang teruja dengan keharmonian yang ditampilkan penduduk di sini.

“Saya amat teruja apabila pesta Chap Goh Meh ini disambut oleh pelbagai kaum di Kuala Nerang, itulah namanya perpaduan,” ujarnya semasa berucap dan memukau pengunjung Cina apabila berucap dalam bahasa Mandarin.

Menurut seorang pengunjung yang hadir, Loh Swe Lan, 45, kehadiran rakan-rakan Melayu dalam program ini jelas menunjukkan perpaduan antara kaum di Malaysia masih utuh.

“Saya sebagai rakyat Malaysia, berharap agar perpaduan ini akan terus berkekalan selamanya,” katanya ketika ditemui wartawan.

-SH

Tinggalkan komen anda