Skip to main content
HomeSabah

Politeknik Bakal Sambut Jubli Emas Ke-50

By 19 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: Azmidar Zainol/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 19 Feb (Malaysiaktif) – Politeknik Malaysia bakal menyambut Jubli Emas ke-50 pada 23 Mac depan.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Ts Zainab Othman berkata, satu program khas akan diadakan pada hari berkenaan.

“Kita akan menganjurkan program POLLYCC Fun Run bersempena dengan Program Jublee Walk serentak di seluruh negara.

“Penyertaan program akan dibuka kepada orang ramai sebagai mempromosikan pengambilan pelajar di samping menggalakkan aktiviti bersukan dalam kalangan pelajar dan orang ramai.

“Kami juga akan menjalankan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana pelajar-pelajar akan ke sekolah atau kampung-kampung di sekitar Kota Kinabalu khususnya di Sepanggar untuk melihat keperluan masyarakat setempat dan kita akan bantu dari segi teknikal seperti pembaikan surau, sekolah dan sebagainya,” ujarnya kepada pemberita.

Zainab turut memaklumkan Istiadat Konvokesyen ke-23 Politeknik berkenaan akan diadakan pada 25 Mac.

“Istiadat berkenaan akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang akan turut menyampaikan sijil dan diploma kepada graduan.

“Tun Juhar juga akan menyampaikan empat anugerah graduan cemerlang iaitu Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan, Anugerah Pengarah Politeknik Kota Kinabalu,  Anugerah Graduan Cemerlang Industri dan Anugerah Rakan Industri.

“Anugerah-anugerah ini diberikan bagi mengiktiraf graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum yang telah mengharumkan nama industri dan Malaysia khususnya Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” jelasnya.

Zainab berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah di Istana Negeri semalam.

Seramai 1,321 graduan sesi Disember 2017 dan Jun 2018 akan menerima sijil dan diploma pada istiadat berkenaan.

EM

Tinggalkan komen anda