Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

[KEMAS KINI] Semua Perlu Jihad Dadah

By 19 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Mohd Anizan Mat Daud/Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Karnival dan Forum Perdana Jihad Dadah yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan bertempat di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu, mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat. Program ini melibatkan pelajar sekolah menengah, institut pengajian tinggi awam, masyarakat dan penjawat awam. Penyalahgunaan dadah yang melanda masyarakat bertambah serius, kerjasama semua pihak ke arah pencegahannya adalah satu jihad.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, forum ini bertujuan memberi kesedaran tentang masalah penagihan dadah dalam kalangan masyarakat yang tiada hujungnya.

“Membasmi sama sekali adalah mustahil, namun mengurangkan dan meminimakan seboleh mungkin gejala ini merupakan satu jihad yang perlu dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat pada setiap masa, dan bukan hanya menyerahkan kepada pihak polis semata-mata,” katanya menjawab soalan moderator, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan dan Pakar Runding Psikiatri, Hospital Perempuan Zainab II (HPRZ II), Dr.Mohd Ariff Mohd Noor, berkata pengambilan ubat stress yang diberi oleh rakan tanpa merujuk kepada doktor juga menjadi faktor masyarakat boleh terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Sekali dua tidak akan merasa kesan dadah tersebut, tetapi apabila diambil berulang kali mereka akan ketagih tanpa disedari. Untuk mengetahui kandungan ubat yang diambil dan kesannya kepada tubuh badan perlulah dirujuk kepada doktor bagi menghindari gejala ketagihan dadah ini,” jelasnya.

Lebih 500 peserta yang terdiri dari penjawat awam,pelajar, mahasiswa serta masyarakat

Lebih 500 peserta yang terdiri dari penjawat awam,pelajar, mahasiswa serta masyarakat

Forum Perdana Jenayah Dadah ini turut menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Presiden SAHABAT, Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Mohd Fadzuli Mohd Zin.

Menurut kakitangan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Fakiruazzilan Aniey, 44, dadah boleh merosakkan masyarakat, negara dan dunia. Usaha untuk perang jihad dadah ini memerlukan pengembelingan kerjasama daripada pelbagai lapisan masyarakat, ujarnya kepada Malaysiaaktif.

-NAZ/SH

Tinggalkan komen anda