Skip to main content
HomeSabah

Setiap Perayaan Perlu Disertai, Dimeriahkan Semua Lapisan Masyarakat

By 4 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Idris Sani Saberun/ Johnny George Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 4 Feb (Udabayas) – Kerajaan Negeri menggesa setiap perayaan di negeri ini perlu disertai dan dimeriahkan oleh semua lapisan masyarakat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata langkah tersebut penting untuk memastikan keharmonian serta perpaduan dapat terus diperkasa dalam usaha kerajaan baharu mengukuh dan menstabilkan ekonomi negeri.

Dalam teks ucapan yang disampaikan Timbalannya, Datuk Christina Liew pada Majlis Perasmian Karnival Tahun Baru Cina 2019 di Lintasan Deasoka di sini, pada Jumaat malam, beliau menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada masyarakat Tionghua atas sokongan terhadap parti pimpinannya yang kini menerajui Kerajaan Negeri.

Christina (tengah) menyampaikan Cek Sumbangan Kerajaan Negeri kepada T.C Goh (tiga dari kanan) yang mewakili Gabungan Persatuan Cina Sabah

Christina (tengah) menyampaikan Cek Sumbangan Kerajaan Negeri kepada T.C Goh (tiga dari kanan) yang mewakili Gabungan Persatuan Cina Sabah

Justeru, beliau turut memberi perhatian terhadap kegusaran masyarakat Tionghua mengenai kemerosotan harga minyak antarabangsa, sawit serta jumlah kemasukan pelawat dan pelancong yang berkurangan.

“Kerajaan Negeri yang baharu berhasrat membawa perubahan kepada rakyat, namun segala perubahan dan reformasi memerlukan masa untuk dilaksanakan.

“Lebih-lebih lagi dengan dasar dan asas ekonomi termasuk sumber-sumber negeri yang membolehkan kita mencapai kejayaan yang lebih cemerlang secepat mungkin,” jelasnya.

Selain itu, beliau menyeru kaum Tionghua yang majoritinya adalah perniaga agar bersabar dan terus menyokong kerajaan negeri serta meneruskan berkerjasama agar kejayaan dapat dinikmati bersama.

Persembahan Tarian Kebudayaan Cina daripada gabungan sekolah-sekolah Cina Kota Kinabalu

Persembahan Tarian Kebudayaan Cina daripada gabungan sekolah-sekolah Cina Kota Kinabalu

Shafie juga percaya Karnival Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah itu bukan sahaja dapat menyatupadukan rakyat tempatan, malah dapat menarik para pelancong China untuk bersama-sama merayakan perayaan itu di Sabah.

Hadir sama, Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr. Yusof Yaacob, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Poon Ming Fung @Frankie, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman dan Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah, Tan Sri T.C Goh.

EM

Tinggalkan komen anda