Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Ketua Agama Jambatan Penyatuan Antara Kaum

By 4 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Sarah Abdul Halim (Kulim)

KULIM, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Semua Agama Sedunia, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kulim mengambil peluang menjalin kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim dalam menjayakan Majlis Dialog Perpaduan Karnival Fiesta Tahun Baru Cina.

Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kulim, Noorasemah Abdullah, berkata beliau amat berpuas hati dengan kehadiran dan sambutan orang ramai serta wakil-wakil agama yang meluangkan masa untuk berdialog dalam mencapai kesefahaman antara agama.

Ketua agama memainkan peranan penting dalam menyemarakkan perpaduan antara kaum - Noorasemah

Ketua agama memainkan peranan penting dalam menyemarakkan perpaduan antara kaum – Noorasemah

“Langkah ini diambil sebgai pendekatan terbaik untuk rakyat Malaysia meneruskan perjuangan agenda kerajaan dalam menjadikan negara Malaysia unik dan maju di sebalik kepelbagaian kepercayaan dan budaya antara kaum,” katanya ketika berucap merasmikan majlis, di sini semalam.

Majlis dialog kesefahaman agama ini menyaksikan perpaduan dalam kalangan ketua-ketua agama dan nilai hormat-menghormati yang dipamerkan mampu menarik perhatian rakyat sebagai tali persaudaraan antara kaum.

Ahli Persatuan Malaysia Hindu Sangam Kulim, Mariappen Simasalam tidak melepaskan peluang berjumpa sahabat beliau yang berbangsa Melayu yang merupakan bekas rakan sekelas beliau ketika di zaman persekolahan.

“Saya menyokong penuh usaha kerajaan dalam membentuk perpaduan antara kaum supaya rakyat hidup dalam keadaan aman damai tanpa perlu berdendam atau berasa takut untuk menjalankan kehidupan harian,” katanya ketika ditemui.

Turut hadir ADUN Kulim Yeo Keng Chuan, Ketua Pertubuhan Puti Lian She Kulim Chong Chee Kheong, Penyelaras Church Kulim, Henry Rajoo dan beberapa ketua agama lain.

-SH

Tinggalkan komen anda