
Laporan/foto: Noor Suraya Binti Zainal/Shamsul Bahari Abd Shukor (Timur Laut)
GEORGETOWN, 5 Mac (Malaysiaaktif) –Bertempat di Auditorium ACC hospital Pulau Pinang telah berlangsung majlis perasmian Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (KYN), yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Baru baru ini.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memandangkan Buku pelawat semasa hadir merasmikan Anjung Kasih (YKN) Hospital Pulau Pinang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada menyediakam perkhidmatan kepada warga pesakit yang kurang berkemampuan bagi pesakit menerima rawatan di hospital kerajaan. Perkhidmatan ini lebih di kenali sebagai Balai Pelawat.
Balai Pelawat di Hospital Pulau Pinang dikenali sebagai Balai Sri Tanjung yang terletak di Jalan Penjara mula beroperasi sejak tahun 2009 dan mempunyai 7 bilik dan 44 katil serta menyediakan beberpa kemudahan. Sepanjang tempoh tersebut,Balai Sri Tanjung menerima purata sebanyak 1700 permohonan baru serta pemorhonan lanjutan setiap tahun.
Bangunan Anjung Kasih asalnya adalah bangunan Asrama Pegawai Perubatan siswazah yang telah di naik tarafkan menjadi penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan kemudahan khususnya kepada ahli keluarga yang kurang berkemampuan untuk menemani pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Kos Projek tersebut telah menelan perbelanjaan sebanyak Rm 850,547.50. Kerja-kerja naik taraf berkenaan bermula pada 1 feb 2018. Dan tarikh kerja siap sepenuhnya pada 12 november 2018 dan mula beroperasi pada 7 januari 2019 Anjung Kasih HPP adalah beteraskan konsep warisan. Struktur banggunan lama dikekalkan dan di perkayakan dengan nilai-nilai warisan yang selari dengan Status Bandar Warisan Dunia Georgetown, oleh yang demikian Anjung Kasih HPP juga dikenali sebagai Tull’s Heritage Anjung Kasih Hospital Pulau Pinang antara kemudahan yang telah di naik taraf adalah seperti penambahan bilik, katil dan tilam yang lebih selesa.
“Sebagai Kementerian yang mendokong visi kesihatan Negara “Negara menggembleng Tenaga ke arah Kesihatan Yang Lebih Baik”
Pihak Kementerian menyambut baik kerjasama dari semua pihak untuk memastikan semua rakyat Malaysia menikmati mutu perkhidmatan perubatan yang berkualiti serta mrnikmati kemudahan yang di sediakan.”ujar YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail
Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak.Saya bagi pihak kementerian amatlah menghargai dan menyambut baik khidmat sosial seperti ini dalam meringankan bebanan kewangan waris dan pesakit” ujar beliau.