Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

DPMMS Serah Sumbangan Peralatan Kepada Wad Hemodialisis HQE

By 14 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/Foto:Zaidi Jamin(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Wad Hemodialisis, Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu menerima kunjungan dan sumbangan berbentuk peralatan pejabat bagi kegunaan dan keselesaan pesakit buah pinggang daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Sabah (DPMMS) pada Selasa.

Dr. William (tengah) , Mohammed Zulfikar (kanan) ketika menerima taklimat berhubung operasi rawatan pesakit daripada Dr. Chan Fei Sia (kiri).

Dr. William (tengah), Mohammed Zulfikar (kanan) ketika menerima taklimat berhubung operasi rawatan pesakit daripada Dr. Chan Fei Sia (kiri).

Rombongan diketuai Timbalan Yang Dipertua DPPM, Datuk Mohammed Zulfikar Datuk Ahmad berharap sumbangan yang disalurkan mampu membantu pihak hospital meningkatkan perkhidmatan dengan lebih berkesan terutama dalam aspek keselesaan kepada pesakit yang menjalani rawatan.

“Pihak DPMMS maklum bahawa jumlah pesakit yang memerlukan rawatan akibat penyakit buah pinggang semakin bertambah, sehubungan itu kami berharap lebih ramai NGO, persatuan, badan korporat mahupun individu perseorangan tampil menyalurkan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi membantu pesakit buah pinggang mendapat rawatan sebaik mungkin di wad,” katanya.

Dr. William bersama rombongan DPMMS ketika membuat tinjauan di wad hemodialisis

Dr. William bersama rombongan DPMMS ketika membuat tinjauan di wad hemodialisis

Terdahulu Pengarah HQE, Dr. William Gotulis ketika menerima kunjungan dan menyaksikan majlis penyerahan berkata bahawa sumbangan daripada DPMMS tersebut sungguh bermakna dan amat dialu-alukan.

“Sumbangan peralatan termasuklah beberapa set alat penghawa dingin, televisyen dan pelbagai alat bantu bagi kegunaan pesakit amat diperlukan terutama bagi meningkatkan keselesaan pesakit yang semakin bertambah setiap hari.

“Pihak hospital akan terus berusaha mempertingkatkan perkhidmatan daripada segi kepakaran serta peralatan bagi memenuhi kehendak serta keperluan pesakit yang menjalani rawatan di setiap wad,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Hospital Bahagian Pengurusan, Jasmawati Jasmin serta Ketua Unit yang juga Pakar Perubatan Nefrologi HQE, Dr. Chan Fei Sia.

EM

Tinggalkan komen anda