Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kekurangan Air Cabaran Utama Negara – Xavier

By 24 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Norhayani Hashim/Zatul-Iffah Wahab (Kuala Muda)

KUALA MUDA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Air Sedunia diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran dan memperbaharui tekad semua lapisan masyarakat di dunia dalam menangani isu berkaitan air melalui pelan strategik serta perlaksanaan tindakan oleh setiap negara di dunia dan disambut setiap 22 Mac setiap tahun.

Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar, sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan kali ini bertemakan “Leaving No One Behind” yang bermaksud tiada sesiapa yang berkecuali.

“Bersesuaian dengan tema sambutan, kerajaan melalui Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) sentiasa berusaha memastikan sumber air yang cukup dan selamat untuk diminum selain memastikan bekalan air diterima oleh pengguna daripada semua sektor iaitu domestik, industri, pertanian, penternakan dan perikanan.

Mukhriz (kanan) dan Xavier (berbaju putih) melawat tapak pameran.

Mukhriz (kanan) dan Xavier (berbaju putih) melawat tapak pameran.

“Permintaan air yang semakin meningkat menjadikan kekurangan air menjadi cabaran utama negara,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia, di Pantai Merdeka di sini semalam.

Menurut Xavier, lokasi sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan kali ini dipilih kerana di lokasi ini kira-kira 30 ribu penduduk Kedah terjejas ekoran krisis air.

“Terdapat cadangan daripada pelbagai pihak supaya program tersebut dibatalkan. Walaubagaimanapun, kerajaan tidak akan lari daripada kenyataan dan memilih untuk berdepan dengan isu tersebut,” tambahnya.

Penyampaian Anugerah Tesis Terbaik disampaikan oleh Xavier (tengah) sambil disaksikan Mukhriz (dua dari kanan).

Penyampaian Anugerah Tesis Terbaik disampaikan oleh Xavier (tengah) sambil disaksikan Mukhriz (dua dari kanan).

Pada sebelah paginya Xavier dan juga Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, telah mengadakan lawatan ringkas ke Loji Tupah.

Menurut Mukhriz, kerja-kerja awal telah dilakukan dan langkah-langkah bagi jangka masa panjang yang akan dilaksanakan seperti menaik taraf Loji Rawatan Air Tupah Headwork, penggantian paip di kawasan Tanjung Dawai dan menaiktaraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Tesis Terbaik Peringkat Kebangsaan Hari Air Sedunia 2019 dengan sembilan penerima Anugerah Tesis Kategori Sarjana Muda.

-SH

Tinggalkan komen anda