Skip to main content
HomeJohor

Kemajuan Sektor Perikanan, Benteng Pertahanan Keselamatan Makanan Negara

By 28 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Hanif Ahmad (Mersing)

MERSING, 28 Mac (Malaysiaaktif) – “Jaminan bekalan ikan akan terus menjadi cabaran yang besar di masa depan akibat kesan perubahan iklim, faktor pengeluaran yang terhad, kenaikan harga input, persaingan bahan makanan untuk pengeluaran bio-tenaga dan liberalisasi perdagangan,” kata Hajah Alwiyah Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Endau di Pusat Informasi Taman Laut Mersing, di sini, hari ini.

“Permintaan ikan akan terus meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dan pendapatan serta perubahan citarasa pengguna. Kita mensasarkan untuk mencapai pengeluaran ikan sebanyak tiga juta tan metrik pada tahun 2020. Kesinambungan bekalan ikan yang mencukupi bergantung kepada daya maju perusahaan ini untuk menjamin pendapatan kepada nelayan dan penternak ikan,” tambahnya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Endau, Alwiyah Talib menyampaikan ucapan perasmian.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Endau, Alwiyah Talib menyampaikan ucapan perasmian.

Beliau juga menyeru kepada semua nelayan untuk mengamalkan aktiviti penangkapan ikan secara lestari dan nelayan juga perlu ada rasa tanggungjawab untuk memastikan ekosistem perikanan di pelihara sebaiknya demi kesinambungan generasi yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Portfolio Pertanian Negeri Johor Siri Kedua tahun 2019 di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir.

Tetamu yang hadir semasa Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Portfolio Pertanian Negeri Johor Siri Kedua tahun 2019.

Tetamu yang hadir semasa Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Portfolio Pertanian Negeri Johor Siri Kedua tahun 2019.

Hari Bertemu Pelanggan merupakan salah satu program khusus jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam menawarkan perkhidmatan kerajaan yang holistik dan berkualiti demi untuk membantu kumpulan sasar serta menjadi tulang belakang dalam melaksanakan strategi dan perancangan Jabatan untuk kumpulan sasar tercapai.

Konsep bertemu pelanggan adalah melalui sesi interaksi bersama kumpulan sasar, khidmat nasihat teknikal, sistem aduan dalam talian atau pun pelanggan boleh juga datang terus ke pejabat untuk mendapatkan penyelesaian permasalahan sebagai pemudahcara perkara yang dilaksanakan untuk kumpulan sasar.

Pameran dan gerai jualan oleh jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani daerah Mersing.

Pameran dan gerai jualan oleh jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani daerah Mersing.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zamani Omar, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri, Noslan Setat, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Norazmi Amir Hamzah dan Penolong Pegawai Daerah Mersing, Mohd Alif Bin Abdul Fa’taf.

EM

Tinggalkan komen anda