Skip to main content
HomeLabuan

Ziarah Cakna Selami kehidupan Murid

By 28 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus

LABUAN, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Program Ziarah Cakna anjuran Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Temiang berjaya menyelami realiti kehidupan murid-murid sekolah itu.

Menurut Guru Besarnya, Adam Abd Rahim, program itu bertujuan berkongsi perkembangan serta memahami latar belakang keluarga murid.

“Warga guru SK Lubok Temiang akan terus memastikan murid berada dalam keadaan bersedia untuk ke sekolah agar mereka menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

“Diharap ibu bapa dan murid itu sendiri menyedari bahawa warga guru SK Lubok Temiang sentiasa mengambil berat perkembangan murid terutamanya membabitkan prestasi kehadiran ke sekolah dan akademik mereka,” katanya yang ditemui pada program itu baru-baru ini.

Pada program itu, SK Lubok Temiang menziarahi keluarga Janudin Adanan di Kampung Pohon Batu yang mempunyai dua orang anak iaitu Redzuan Janudin dan Nurani Janudin yang bersekolah di SK Lubok Temiang.

Keluarga tersebut turut menerima sedikit sumbangan daripada pihak sekolah yang disampaikan sendiri oleh Adam.

Hadir sama Penolong Kanan 1, Roslan Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sunah Tahir, Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling, Norjannah Mat Janeh, Nor Fazdreen Mohd Yunus dan Kasmah Mohd Ali.

EM

Tinggalkan komen anda