Skip to main content
HomeJohor

FIJO 2019: Ekspo Perdagangan Dan Dakwah Terbesar Di Johor

By 28 Mac 2019Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 285 pemamer dari pelbagai sektor sama ada dari dalam atau luar negara sedia menanti kunjungan orang ramai ke Festival Islam Dan Halal Antarabangsa Johor Darul Ta’zim (FIJO 2019).

Signifikan penganjuran acara ini di negeri Johor adalah kerana Johor merupakan antara negeri yang mempunyai agenda keusahawanan yang lengkap, progresif, inovatif dan agresif.

Menurut Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, usaha penganjuran FIJO 2019 ini adalah bertepatan dengan cita-cita Kerajaan Negeri Johor untuk merebut peluang pasaran halal dunia dan memperkukuhkan pembangunan industri halal bagi negeri Johor.

Industri halal pada hari ini, merupakan salah satu industri strategik dan berimpak tinggi serta berpotensi untuk diketengahkan dalam pasaran global dengan permintaan yang tinggi. – Osman Sapian

Industri halal pada hari ini, merupakan salah satu industri strategik dan berimpak tinggi serta berpotensi untuk diketengahkan dalam pasaran global dengan permintaan yang tinggi – Osman Sapian

“Industri halal pada hari ini, merupakan salah satu industri strategik dan berimpak tinggi serta berpotensi untuk diketengahkan dalam pasaran global dengan permintaan yang tinggi.

“Ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk meletakkan Johor sebagai hab halal terulung serantau dan juga di peringkat antarabangsa,” katanya semasa berucap merasmikan pelancaran FIJO 2019 di Persada Johor, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Omar Bagharib Ali; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan dan Pengarah Urusan Warisan Advertising Sdn Bhd, Datuk Rosle Jamaat.

Sampel darah dari proses bekaman yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW antara tarikan pameran sejarah perjalanan hidup Baginda Rasulullah.

Sampel darah dari proses bekaman yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW antara tarikan pameran sejarah perjalanan hidup Baginda Rasulullah.

Osman turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai misi untuk meletakkan dan membawa produk halal di Johor untuk dieksport ke luar negara dengan melibatkan peserta industri halal tempatan bersama pemain antarabangsa atau pelabur luar.

“Saya begitu percaya, dengan penglibatan lebih 200 orang pengusaha dari pelbagai bidang keusahawanan, ia dapat mewujudkan peluang kepada belia dan usahawan untuk mula menembusi pasaran halal dengan penglibatan pelbagai negara,” katanya.

Pada masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Omar Bagharib Ali turut mengumumkan penyertaan dari negara-negara luar seperti Singapura, Turki, Thailand, Indonesia, Syria dan United Kingdom sebagai pempamer akan memberikan impak positif kepada industri keusahawanan tempatan.

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri pameran dan artifak Rehlah Nabawiyyah yang juga merupakan pameran sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW – Sheikh Omar Ali

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri pameran dan artifak Rehlah Nabawiyyah yang juga merupakan pameran sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW – Sheikh Omar Ali

“Penglibatan dari negara luar ini diharap berupaya menyuntik semangat usahawan di negeri Johor untuk meneroka pasaran halal di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Sheikh Omar juga menyeru orang ramai yang berminat dengan bidang keusahawanan untuk memanfaatkan peluang penganjuran FIJO 2019 yang mempunyai pelbagai slot berkaitan keusahawanan, pengurusan persijilan halal dalam dan luar negara, dan dakwah.

Tambah beliau, pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri pameran dan artifak Rehlah Nabawiyyah yang juga merupakan pameran sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW.

Sebanyak 285 pempamer terdiri daripada pengusaha produk gaya hidup Muslim, perkhidmatan kewangan Islam, penjagaan kesihatan dan kecantikan, makanan dan minuman dan perkhidmatan pelancongan menanti kunjungan orang ramai ke FIJO 2019.

Sebanyak 285 pempamer terdiri daripada pengusaha produk gaya hidup Muslim, perkhidmatan kewangan Islam, penjagaan kesihatan dan kecantikan, makanan dan minuman dan perkhidmatan pelancongan menanti kunjungan orang ramai ke FIJO 2019.

Festival Islam Dan Halal Antarabangsa Johor Darul Ta’zim 2019 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru selama empat hari bermula pada 28 Mac hingga 31 Mac 2019.

EM

Tinggalkan komen anda