Skip to main content
HomePutrajaya

Kerjasama Strategik Agenda Pembangunan Wilayah

By 16 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan meneruskan usaha proaktif Kerajaan Persekutuan menjamin pembangunan wilayah yang lebih seimbang antara Kerajaan Negeri dengan mengadakan siri lawatan kerja selanjutnya ke Kedah selama dua hari mulai 19 hingga 20 Mac ini.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam satu kenyataan medianya semalam memaklumkan bahawa akan terus komited dengan agenda pembangunan wilayah seperti yang termaktub sebagai janji kerajaan dalam menerajui Malaysia Baharu.

Demikian lawatan kerja Azmin yang diadakan ke Kelantan baru-baru ini sebagai satu usaha merapatkan jurang antara wilayah yang merupakan sebahagian daripada agenda utama Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 dan akan diteruskan ke Kedah pada Selasa depan.

Lawatan kerja ini bagi memperkukuhkan hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam usaha membela nasib rakyat khususnya masyarakat luar bandar yang menghadapi suasana ekonomi semakin mencabar.

EM

Tinggalkan komen anda