Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Layan OKU Seperti Insan Biasa

By 7 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Rasidi Che Sa (Sik)

SIK, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Di sebalik kekurangan serta keterbatasan orang kurang upaya (OKU), insan istimewa ini sebenarnya turut berharap agar masyarakat menerima mereka sama seperti insan normal yang lain serta tidak disisihkan.

Menurut Mohd Khairul Anam Nawir, 22, OKU juga berhak untuk mendapat peluang bagi mengikuti program-program kemasyarakatan seperti orang lain.

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi melatih OKU untuk mendengar arahan serta membina keyakinan diri.

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi melatih OKU untuk mendengar arahan serta membina keyakinan diri.

“Ini merupakan kali pertama saya kendalikan OKU dalam aktiviti sosial seperti ini walaupun mempunyai kekurangan tetapi bagi saya mereka mudah untuk mengikut arahan. Akan tetapi terpulang pula bagaimana kita hendak mengawal mereka.

“Mereka perlukan perhatian yang lebih dan saya kagum dengan guru-guru yang berjaya menjaga mereka dengan baik,” jelasnya yang ditemui di Program Jalinan Kasih di Perkarangan Pejabat Penerangan Sik, di sini baru-baru ini.

Anam yang sedang menjalani latihan praktikum di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik, turut berharap agar persepsi masyarakat terhadap insan istimewa ini berubah.

“Sekiranya berpeluang, libatkanlah mereka dalam aktiviti kemasyarakatan komuniti setempat sebagai pendedahan dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

Anam turut berharap agar masyarakat di luar, lebih peka dengan kemudahan yang disediakan untuk OKU seperti tandas dan tempat letak kereta yang sering disalahgunakan.

“Bukan sekadar menerima bahkan perlu menghormati hak OKU agar mereka tidak merasa tersisih dan terpinggir,” jelasnya mengakhiri perbualan.

-SH

Tinggalkan komen anda