Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

LIMA Promosi Industri Pertahanan dan Komersial Negara

By 26 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Farhana Azlin Lajis/Muhammad Jazli Idris (Langkawi)

LANGKAWI, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) kali ke-15 secara rasminya dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Pameran LIMA’19 yang diadakan dua tahun sekali ini mempunyai matlamat mempromosikan industri pertahanan dan komersial pada peringkat antarabangsa.

Menurut Mahathir di bawah Rangka Tindakan Aeroangkasa Malaysia 2030, kerajaan merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara.

“Bagi memenuhi hasrat tersebut, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Nasional telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan industri aeroangkasa.

“Sehingga ke hari ini, 19 rangka tindakan sedang dilaksanakan oleh Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Nasional,” katanya ketika merasmikan pameran berkenaan, siang tadi.

Tun Dr. Mahathir ketika berucap dalam Majlis Pembukaan LIMA'19 di Tarmax, MIEC Langkawi, hari ini.

Tun Dr. Mahathir ketika berucap dalam Majlis Pembukaan LIMA’19 di Tarmax, MIEC Langkawi, hari ini.

Menurut Mahathir lagi, tahun 2018 Industri Aeroangkasa Malaysia menunjukkan perkembangan positif terutamanya dalam pembuatan aeroangkasa dan perniagaan MRO (Penyelenggaraan, Pembaikan dan Pemulihan).

“Industri ini memperolehi hasil sebanyak RM14.4 bilion dengan 24,500 pekerja mahir yang berkhidmat dalam industri ini.

“Jumlah eksport dan peralatan serta alat ganti bernilai RM8.48 bilion pada tahun lepas telah menunjukkan peningkatan 20.7% dibandingkan pada tahun 2017,” tambahnya.

Pada majlis ini juga, Mahathir Mohamad turut menyaksikan Opening Gambit and Aerial Display oleh pesawat SU-30MKM, pesawat F/A-18D, pesawat HAWK 108/208, pesawat A400, pesawat PC 7 MKII, pesawat EC-725 dan helicopter Sikorsky S-61A-4 Nuri dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Turut mencuri perhatian adalah pertunjukan udara oleh pesawat Tejas milik Tentera Udara India, pesawat KT-1B Woong Bee dari Jupiter milik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara dan pesawat SU-30SM dari Russian Knights milik Tentera Udara Rusia.

Pameran LIMA’19 akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga 30 Mac nanti.

-SH

Tinggalkan komen anda