Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Raja Permaisuri Lawat Galleria Artisan Tun Mustapha

By 8 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto:Eviannie Kin/Mohd Nasrie Tapisil

Kota Kinabalu, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan melawat Galleria Artisan Tun Mustapha, di sini, pagi tadi.

Tunku Azizah sedang meneliti kraftangan Sabah yang dihasilkan

Tunku Azizah sedang meneliti kraftangan Sabah yang dihasilkan

Keberangkatan tiba baginda pada 10 pagi disambut oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Shuaib kemudian dirai dengan persembahan tarian bakat cilik yang mengenakan pakaian tradisi masyarakat Sabah.

Tunku Azizah sedang meneliti kraftangan Sabah yang dihasilkan

Tunku Azizah sedang meneliti kraftangan Sabah yang dihasilkan

Pada lawatan tersebut, baginda meluangkan masa kira-kira sejam bagi menyaksikan sendiri proses tenunan, di samping melihat produk kraftangan Sabah di galleria terbabit.

Pengurus Kumpulan Pusat Kraftangan Sabah, Zaiton Bakri (kanan) memberi penerangan kepada Tunku Azizah mengenai produk kraftangan yang ada di galleria.

Pengurus Kumpulan Pusat Kraftangan Sabah, Zaiton Bakri (kanan) memberi penerangan kepada Tunku Azizah mengenai produk kraftangan yang ada di galleria.

Beroperasi sejak 2016, galleria yang menjual pelbagai kraftangan Sabah seperti kain batik Sabah serta aksesori berasaskan mutiara oleh pengusaha tempatan itu beroperasi setiap hari.

EM

Tinggalkan komen anda