Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

LSX’19 Tingkat Keupayaan Operasi Bersama

By 29 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)/ Norzuhaira Ruhaini

LANGKAWI, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) Sea Exercise 2019 (LSX’19) secara rasminya dibuka bagi meningkatkan keupayaan operasi bersama dan mengeratkan hubungan antara Tentera Laut yang menyertai LIMA’19.

Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Rusli Ramli berkata pelaksanaan LSX’19 kali ini merupakan platform terbaik dalam memperkasakan aspek saling kenali dan persefahaman komuniti maritim secara bersama dalam menentukan kestabilan dan keamanan serantau.

“Eksesais ini dijadualkan berlangsung di sekitar perairan Langkawi pada 31 Mac dengan melibatkan sejumlah 14 buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM ), empat buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan 14 buah kapal tentera laut negara asing.

“Ini merupakan kali pertama penyertaan kapal APMM dalam LSX’19,” katanya ketika merasmikan eksesais tersebut di Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3), di sini hari ini.

Antara tentera laut negara asing yang mengambil bahagian dalam LSX'19 kali ini.

Antara tentera laut negara asing yang mengambil bahagian dalam LSX’19 kali ini.

Rusli menjelaskan LSX’19 ini merupakan eksesais kali ke-3 pelaksanaannya dengan negara-negara luar.

“Dahulunya LSX’19 dikenali sebagai Multi Nations Maritime Sea Exercise (MNMSX) merupakan eksesais maritim yang melibatkan penyertaan kapal-kapal tentera laut negara asing bersempena dengan LIMA.

“Rancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan meliputi Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut yang terdiri daripada siri Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Photo Exercise (PHOTEX) dan Maneuvering Exercise (MANEX),” tambahnya.

Majlis pembukaan ini turut dihadiri Timbalan Panglima Armada Barat, pegawai-pegawai memerintah serta pegawai operasi kapal-kapal yang terlibat.

-SH

Tinggalkan komen anda